Friday, May 18, 2012

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

P/S : Bersyukurlah kita jika diberi kesempatan menjadi seorang ibu... ^__^

Oh Karipap

Sebenarnya tengah pening ni pikir nak buat karipap. Maklum la, org tak biasa buat tak pernah buat kuih karipap. Hohoho... Hari ni saja la nak google resepi2 karipap yang best2. Nanti ada masa nak try.

Since mula kawin, mmg inilah salah satu satu-satunya kuih yang paling Mr.H suka. Memang suka hingga dia boleh komen every kuih karipap yang kami makan. Yang mana sedap, yang mana tak sedap. Kadang2 aku rasa karipap ni sama je... Tapi for Mr.H it's not the same! Dia akan bezakan dari kulit karipap tu, adunan hinggalah intinya. Risau jugak ni nak buat. First time la katakan. Kalo tak sedap nnt mesti kena komen kaw kaw ni... Tapi aku tahu Mr.H selalunya dia takkan komen teruk.. Yelah.. isteri kan... Tak sedap pun kata sedap.. Hehehe...

Tapi kalo tak mula dari sekarang, sampai bila2 pun tak tahu buat karipap kan. Cuma yang paling aku takut, aku tak reti nak kelim tepi karipap tu guna tangan. Kalo pakai alat kelim tu senang kan... Tekan je dah siap... Tapi Mr.H request yang tradisional la... (kelim sendiri).. Adoi.. kalo buruk karipap tu nanti, sorry ye.. asalkan boleh makan, sudah lah... 

Belum buat lagi, dah ada list tau karipap inti apa, katanya : Inti daging, ayam, kentang, telur, sardin dan lain2 lagi.. Mmg yang superb buat karipap ni my mother in-law la. Tapi malu pulak nak tanya resepinya. Tapi kalo tak bertanya mana nak tahukan. So nanti first time nak cuba dulu resepi sendiri, then kalo masih kurang umphh kita dapatkan resepi turun temurun tu.. Hehehe... Ada juga frozen karipap yang jadi fav aku. Yang pertama yang mama aku selalu kirimkan dari kampung. memang sedap makcik tu buat kuih karipap ni. Kalo order mesti puluh2 atau seratus ketul. Lagi satu yang selalu kami beli frozen karipap dari batu pahat. Tapi tak ingat pulak nama dia.

sumber: mr google (tgk inti dia nampak sedap sekali)

sumber: mr google (yang belum goreng, cantik je kelim dia)

sumber: mr google (makan karipap sambil minum teh 'o' panas.. wow)

sumber: mr google (karipap pusing, mcm mana dia pusing pun tak tau la)
P/S : Lapar pulak bila tengok gambar2 karipap ni ^__^

Friday, May 11, 2012

It's My Birthday

Alhamdulillah... Today is my birthday...

So dah masuk 30 series dah ni... Macam2 la aku sibuk duk pikir ttg kehidupan dari kecik hinggalah semalam... (sebelum umur 30 tahun). So hari ni mmg best. Mr.H ajak keluar untuk celebrate, tapi since keadaan aku yang tak boleh nak enjoy sakan, we decided to watch movie and makan2 kat luar je today.

Movie yang menjadi pilihan hati The Avengers. This movie really entertain me today... The story plot is simple but full with action, but not to forget the funny scene that makes you laugh.

The Actor & Actress


The Avengers


Actually kalo nak diikutkan dari dulu mmg aku takde la suka sangat tgk movie2 yang action ni.. even aku membesar dengan 2 orang abang yang memang suka tgk cite2 action... tapi aku lebih suka tgk cite triller... yang seram2 mmg fav kami la (kami tu kawan2 sekuliah aku dulu la). Cik Addleo, Cik lin, Cik Shanana, Cik Ida dan ramai lagi la... Pernah satu ketika tu kami watch movie Blair Witch Project. Mmg hampes tahap %^*^%$!!! Tak tahu nak klasifikasikan cerita tu. keluar panggung tu sampai pening2 sebab rakaman cerita tu rakam dengan kamera biasa je... Aduhai... Serik!!!

Tapi since Mr.H sangat suka tgk movie2 action juga (lelaki semua suka tgk action movie ke?) so sedikit sebanyak aku pun terpengaruh la jugak. Especially kalo cerita action tu ada terselit humor... macam cerita Transformer, Steel, Iron Man, dan sekarang The Avengers. Really admire the character of Mr Stark (Iron Man) n' Dr. Banner (Hulk)... In simple word "it's a movie that you must watch". 

Infront of GSC


Even pada mulanya rasa cite ni agak slow, tapi sebab ada babak humor tu tak la rasa boring sangat kan... Mr.H mmg suka sangat sebab dia mmg admire watak2 superhero ni... And now aku jugak dah admire superhero ni... And yang paling penting even apa jua yang aku tak tahu sejarah or latar belakang superhero tu, aku boleh tanya dengan wikipedia (Mr.H) hehehe...

And after watch movie sekali we all terperasan ada Mom & Baby Expo 2012, Malaysia’s largest parenting expo at MidValley Exhibition Hall from 11 till 13 May 2012. So jalan kejap je la kan. But when you see all the things with the discount and Sales Sign... arghhh mmg tak boleh resist la... Melambai2 je all the stuff. And for Mr.H luckily wifey dia tgh tak larat sangat berjalan so just grab a few things yang rasa mcm dah lama cari tapi baru jumpa hehehe (ngade je kan)... Kalo tak jawabnye keje kita hari ni SWAP at every stall la... Hehehe...



So aku just grab tunku besi (2kg) dengan sarung herbanya and a few barut baby size besar sebab masa azam dulu pakai barut yang strapper tu je sebab barut kain bnyk yang saiz kecik. So kononnya this time beli a few barut, then nnt lepas mesin jahit dah repair boleh buat sendiri barut tu ikut sample yang dah beli tu.. Itu pun kalo rajin la kan... Hahaha... Lepas tu mmg berkenan sangat dengan set tilam bantal + bakul baby. Harga around RM250-RM300. Tapi memandangkan lambat lagi baby nak guna, hmmm melepaskannya dengan berat hati. Tapi sempat la we all tanya2 alamat dengan owner tu so that we can go to the shop bila dah dekat due date nanti. 


Ada nursing room juga untuk ibu dan baby


Seronok tgk banyak jenis motor

Baby bath tab

Playgro corner

more exciting corner

leap frog corner

All the babies needs

Many choices of cars, walker and stoller

Lastly, one pic with Love Care Bear

Jalan2 skit lagi, Jalan2 skit lagi tgk mcm2 toys, katil baby, botol susu and semua macam keperluan untuk mama dan  baby pun ada. Mmg rambang mata la. Yang pentingnya sape nak pergi bawak la cash banyak2 kan... hehehe Then before balik sempat juga la grab few lego toys for Azam.

P/S : Hari ni dah menginjakkan kaki ke 30's. Terima Kasih Ya Allah atas kurnian Mu memberikan aku hidup bernafas di bumi ciptaan Mu ini... Moga perjalanan hidupku diberkati dan mendapat keredhaan Mu selalu... Semoga diri ini menjadi seorang insan yang baik, menjadi anak yang taat, menjadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang mithali... InsyaAllah... Tq Mr.H for a lovely day today. Really enjoy watching movie and shopping together. And not to forget, Tq pada semua yang wish birthday via mobile, sms, and dekat wall saya... Semoga kalian semua juga berbahagia dihari Jumaat ini penghulu segala hari... With lots of love x0x0

Wednesday, May 9, 2012

Kaki Novel




Since lama kena bed rest ni, mmg boring jugak la duk rumah berehat je. Mula2 excited jugak nak menjahit, sekali dah bersemangat sediakan bahan2 tetiba mesih jahit rosak! Adoi ai.. Penat je beli kain bagai.. Hmm terpaksa la tunggu mesin hantar repair dulu kan.... 



So another alternative start balik hobi lama. Membaca Novel. So last week hunting few novels dkt MPH. Dapat la beberapa novel yang sinopsisnya agak menarik... Ni sinopsis untuk setiap novel ni...




‘Kala hati begitu mencintai…semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki…semakin kuingin terus menghampiri…semakin jauh dia melangkah pergi…’

Bagi Faizul, mereka membesar bersama di dalam sebuah keluarga yang cukup bahagia. Tetapi kenapa langsung tidak pernah wujud kemesraan di antara mereka? Dia tidak boleh melayan Suraya, adik bongsunya sebaik Faizal, abang kembarnya. Perasaan kasih seorang abang kepada adiknya langsung tidak pernah wujud. Namun jauh di sudut hati dia bukan tidak pernah menyayangi dan bukan dia tidak pernah merindu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.

Dia Segalanya....

Bagi Suraya, dia tidak faham apa yang bermain di fikiran abangnya yang tengah. Sejak kecil Faizul begitu dingin dengannya. Lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan 'adik' seperti ahli keluarganya yang lain. Sehinggalah satu rahsia terbongkar dan waktu itu barulah dia mengerti, kenapa dia disisihkan oleh lelaki itu. Tetapi kenapa hanya Faizul yang cukup membencinya?

DIA segalanya....kisah yang cinta yang penuh dengan dugaan. Kisah kasih sayang yang tidak pernah padam.


"Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yang beratnggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab itu merana! Itu janji Nadia!"


Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.


Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.



Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….




" Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata, tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa, namun kini kupasti ia kan kekal ke penghujung nyawa..."

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina.

Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati.

Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


Di saat ini...


Luqman : "Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."

Melina : "Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."



" Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?"

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.




Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.





Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.





Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?



P/S : Jom layan "Kaki Novel" ^__^







Wednesday, May 2, 2012

Mendidik Anak Menjadi Cemerlang

sumber dari facebook sharing
 
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama... panggilan yang baik.
Apabila bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik, atau nama yang baik tetapi beri pula gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak-anak.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari.
Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada, jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.
Ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Ada masa kita perlu marah tetapi janganlah buat muka marah sampai dia gentar untuk menghampiri diri kita.

4. Berikan penghargaan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Setiap kali kita menghargainya dia akan rasa ingin buat lagi dan ingint lebih baik lagi.

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat kesilapan. Sebenarnya, mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
P/S : Jom sama-sama amalkan ^__^

Little Prince : I am 3 Years Old Today!



Alhamdulillah, hari ni genap Azam berumur 3 Tahun. Sekejap je dah besar dah anak ibu. Memang tak menang tangan melayan keletahnya. So, since semalam cuti, we decided la nak bawak dia jalan2 n buy present. Mula2 tu ingat nak buat sedikit makan2 dirumah menjemput kawan2 rapat dan kaum keluarga tapi sebabkan condition ibu yang belum berapa stabil nak arrange any event, ayah advise not to do. Just the 3 of us celebrate it together at home and prepare a simple celebration at his taska.

Some of the picture taken...

Sebelum bergerak ke Empire Subang


Senyum skit, tapi mata macam mengantuk
 
With daddy of to find him a birthday present

Sampai sudah di TR'U

Belek2 dulu sebelum beli

Hmmm.. banyak betul pilihan

Sampai tak tahu nak pilih yang mana

I just LOVE LEGO!!!

Naik kereta dgn Mr. Worm, tapi takut2 je tgk Mr Worm tu

Simple Kek for the 3 of us

Waiting nak makan kek

Goodies untuk dibawa ke taska

Birthday boy tolong packing goodies

Cake from Baker's Cottage

Happy Birthday Azam... 3 Tahun

P/S : Happy Birthday Sayang... Semoga dirimu sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t ^__^

Saturday, April 28, 2012

Kalau, Kalau & Kalau



Hmmm actually post ni aku tulis sebab nak mengingatkan diri aku tentang satu perkara. Iaitu antara perkataan "kalau" dan juga "redha". Lately ni memang sedikit emosi sebab kalendar yang terpampang di depan mata aku dah dibulatkan tanda pada hari ini 28/4/2012 adalah due date kehamilan ku yang kedua. 



Pada ketika ini, perkataan "kalau" seakan-akan tak lekang dari hati dan minda aku yang mengenang sesuatu yang telah tiada. Asyik kalau, kalau dan kalau. Yelah aku pikir...

Kalaulah aku jaga diri betul2 semasa hamil dulu, pasti aku dah menunggu masa due aje sekarang ni...

Kalaulah aku tak stress...

Kalaulah aku tak kerja semula...

Kalaulah... Kalaulah... Kalaulah...

Macam2 lagi kalau yang aku pikirkan. Tapi tiba2 aku terfikir, kalau dalam dunia ni memang perkataan "kalau" itu diguna pakai... Pasti semua perkara pun jadi mudah. Pasti perkara2 buruk tak berlaku. Pasti takde kesilapan yang dilakukan. Jadi dimana pula takdir (qada'&qadar ) Allah s.w.t.. kalau hidup ni penuh dengan kalau?

Astagfirullahhalazim...

Cepat2 aku tersedar. Aku rasa perkataan "kalau" ini adalah mainan syaitan. Sebab bila kita asyik dengan  perkataan "kalau" kita tak menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita tak redha sebenarnya dengan apa yang terjadi. Tapi aku terfikir, sebelum ini telah aku pujuk diri dan redha dengan segalanya. Tapi kenapa masih ada perkataan "kalau" lagi dalam kamus diri aku ni?

Firman Allah SWT maksudnya : " ... dan (syaitan) itu mengatakan, 'Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan ku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka..."
(Surah an-Nissa' ayat 118-119)

Allahuakbar... Sebenarnya jika dipandang dari sudut yang berbeza, aku pasti semuanya ada hikmah. Cuma samaada kita sedar atau tidak hikmah disebaliknya. Sekiranya aku cuai dimasa lalu, kesilapan atau kealpaan yang telah aku lakukan dulu menjadi pedoman bagi aku agar aku tidak mengulangi perkara yang sama. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada jika kita ingin menikmati hidup dengan sepenuhnya.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

P/S : Jauhkanlah aku dari syaitan yang menyesatkan. Jadi disebalik semua ini aku bersyukur kerana hari ini aku masih bernyawa di bumi Allah dan diberi kesempatan menikmati hidup yang hanya pinjaman semata-mata.