Sunday, October 3, 2010

Kenangan Indah - Majlis Cukur Rambut

Tiba2 aku teringat syair yang dialunkan oleh kumpulan marhaban yang datang semasa upacara cukur rambut Azam... Ayat2nya memang menyentuh hati ... Hayatinya... :)


Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan ZatNya bersama-sama.

Dilahirkan engkau melihat dunia,
Limpah Allah maha kuasa.

Dikandung ibumu sembilan bulan,
Lebih dan kurang tidak ditentukan.

Diperanakkan dikau beberapa kesakitan,
Beberapa pantang minum dan makan.

Tatkala dikau lagi kanak-kanak,
Engkau tidur mata ibumu jinak.

Nasihat ibumu janganlah kau bantah,
Dijaga dipelihara sangatlah susah.

Dialih ke kanan ke kiri pun basah,
Jika kau menangis hatinya susah.

Setelah engkau sudahlah ada,
Siang dan malam ibumu berjaga.

Tidurpun hanya barang seketika,
Makan dan minum tidak kuasa.

Dilapikkan dengan kain sarung,
Diangkat ditimang serta dibedung.

Apabila terjaga terus didukung,
Kasih dan sayang tinggi menggunung.

Tiadalah tentu siang dan malam,
Tidurpun tidak dapat ditilam.

Terkejut terjaga di tengah malam,
Bangun memangku di dalam kelam.

Jika ibumu orang berada,
Diambilnya pembantu menolong dia,

Apabila engkau dapat mengaji,
Ibu ayahmu sukalah hati.

Membaca Al Quran sudah kau reti,
Untuk bekalan di akhirat nanti.

Awaluddin Makrifatullah,
Awal agama mengenal Allah.

Berkat syafaat rasulullah,
Umurnya panjang rezekinya murah.

Apabila ibumu sudah tiada,
Jasa ibumu jangan kau lupa.

Janganlah jadi anak durhaka,
kelak tak cium baunya syurga.

Doakan rohnya setiap hari,
Agar rohnya berbau kasturi,

Itu semua takdir Ilahi,
Semoga ditempatkan di syurga nanti.… 

No comments:

Post a Comment