Sunday, November 28, 2010

Cicak Oh Cicak

Maafkan aku cicak... Aku tahu kau adalah makhluk ciptaan Allah juga. Tapi aku tak tahu kenapa aku geli sangat dengan kau... Mungkin beberapa peristiwa antara kau dan aku dulu, membuatkan aku tak boleh terima kau la cicak... Hmmm... Dulu masa aku tengah solat, tiba2 sepupu kau yang badan hitam dan besar jatuh dekat sejadah aku. Lama aku tunggu dia pergi tapi dia buat dek aje. Sakit hati aku cicak!!! lepas tu dia siap pandang2 aku lagi... Akhirnya aku terpaksa mengalah sebab aku geli!!!

Masa kenduri kawin salah seorang kenalan aku, Aku dengar heboh orang jerit2 kata ada cicak dalam nasi kawah!!! Aduh, meloya tekak aku ni cicak oii... Tak tahulah sepupu kau yang mana pulak yang terkorban tu... Aku juga masih ingat aku dimarahi oleh mama sebab aku terlupa tutup bekas menyimpan air masak, yang mana kau dah berenang2 sampai kembang badan kau cicak!!! Bukan air masak je aku buang, dengan bekas2 air masak tu sekali aku buang!!!

Sekarang ni pun kau masih cari pasal dengan aku ye cicak... Kau berak merata2 dalam rumah, luar rumah... Eiii geram betul aku dengan kau cicak! Walaupun aku tak suka kau, aku ada belikan hadiah juga utk kau. Semalam aku dah beli PENYEMBUR CICAK dan GAM PERANGKAP untuk hapuskan kau! AWAS KAU CICAK!!! Hahahaha @__@



Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia).

Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.

Kepada yang lebih a'rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan...

P/S :  Aku memang tak suka CICAK!!!

No comments:

Post a Comment