Thursday, November 25, 2010

Working Woman --> Full Time Housewife ...

Hmm... Mulanya aku anak kepada En. Dahalan dan Pn. Yong yang punya cita2 tinggi... Belajar dalam bidang pengajian Kejuruteraan Elektrik,  bekerja sebagai Engineer dan Consultant. Kemudian aku berkahwin dengan seorang lelaki yang amat menyayangi aku dan tak lama kemudian aku disahkan hamil. 9 bulan berlalu aku telah melahirkan putera sulung kami. Lepas itu, isu menjaga anak menjadi satu kebimbangan. Oleh kerana Azam yang lahir tak cukup bulan dan mengalami sedikit komplikasi, aku dan suami berbincang dan akhirnya aku setuju melepaskan jawatan aku sebagai WORKING WOMAN kepada FULL TIME HOUSEWIFE!!! At least hingga Azam dah besar sikit...

Banyak juga kritikan yang aku terima... Antaranya.... " Penat2 belajar tinggi2... lepas tu duk umah jaga anak je..." atau " Rugi je belajar tinggi2 , akhirnya duk kat dapur..." Uisshh memang berdesing jugak telinga ni... Tapi aku beristigfar dan dah pikir masak2 sebelum membuat keputusan. Parents dan in laws menyokong keputusan kami 150%... 

Orang luar mungkin boleh kata apa saja sebab mereka tak berada di tempat kita. Namun aku tak kisah apa yang org nak kata. Aku anggap ini adalah cuti panjang untuk aku berehat dirumah dengan anak dan melihat dia membesar depan mata aku sendiri... Dari meniarap, menyusur, merangkak, bertatih, berjalan dan skrg dah pun berlari...  



Aku respect ibu yang bekerjaya... kerana mereka pandai membahagikan masa antara kerja dan rumahtangga... Aku juga respect ibu yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa kerana aku sendiri dah merasainya bagaimana menguruskan rumah tangga 24/7. Jadi jangan lah kita cepat sangat menilai orang lain. Kan lebih baik muhasabah diri sendiri agar mendapat keredhaan Ilahi di dunia dan akhirat nnt...

P/S : Aku mungkin akan menjadi ibu bekerjaya semula jika rezeki ku ada di luar sana, dan aku juga tidak kisah menjadi suri rumah sepenuh masa jika rezeki ku adalah bersama anak-anak    ^__^

4 comments:

  1. itulah pengorbanan seorang ibu...

    ReplyDelete
  2. teringat masa kecik2 selalu nakal, tak tahu la mcm mana mak2 kita jaga kita dulu2 kan...

    ReplyDelete
  3. haha. mmg cita2 tinggi... i even told my friends when i was in school, "kakak aku cita-cita tinggi... dia nak career, kereta mewah, rumah besar, baru dia nak fikir soal cinta, rumah tangga...aku lain, aku family person." hahahaha.

    masa depan, apa yang kita tahu kan?

    ReplyDelete
  4. hahaha... betul2... tapi jodoh pun dengan org yang baik2 tu alhamdulillah... yeke family person? hehehe tunggu kemunculan starex dalam setahun dua ni OK.. doa2kan lah :)

    ReplyDelete