Tuesday, December 21, 2010

Bersyukurkah Kita?

Alhamdulillah, berterima kasih aku kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Sejak seminggu ni, cuaca asyik mendung. Sekali-sekala hujan lebat melimpahi bumi. Dah kuintai-intai, tapi masih tak nampak kelibat matahari. Hmmm dalam hati kecil, aku mengeluh..."macam mana la baju yang ku sidai ni nak kering? Tak panas langsung.."


Namun semakin lama aku termenung, semakin banyak pula yang aku pikirkan. Yelah aku hanya insan biasa. Sama seperti manusia lain. Tiba2 aku sempat mengingatkan diriku untuk beristigfar. Kenapa? Kerana aku telah lupa untuk bersyukur padaNya kerana menurunkan hujan yang dapat menyejukkan muka bumi ini, menyirami tanaman-tanaman dan membersihkan segala pencemaran udara yang dilakukan oleh manusia...


Bila tiba musim kemarau, di mana cuaca sangat panas, terik, dan berbahang, kita sering mengeluh... "aduh... panasnya!!!" atau "bila la nak hujan ni?". Adakalanya sampai menghitung hari menunggu hujan tiba. Sedar atau tidak, aku juga tak lepas dari mengungkapkan keluhan sebegini.

Samalah juga bila hari sudah hujan. Keluhan demi keluhan pasti akan selalu kita dengar. Mengapa tidak kita sentiasa bersyukur dengan setiap kejadian itu. Dan aku, ingin selalu mengingatkan diri aku agar bersyukur kerana bila kita bersyukur terasa hati lebih tenang dan damai. InsyaAllah...

P/S : Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". - Surah Ibrahim Ayat 7 : (Tafsiran Ar-Rahman)




No comments:

Post a Comment