Tuesday, December 21, 2010

Otak anak-anak ibarat SPAN


Alhamdulillah... Kini Saiful Azam Iskandar semakin membesar dengan sihat dan pintar. Pada usia 18 bulan, memang banyak kerenahnya yang adakalanya menghiburkan hati. Namun ada jugak yang buat ibu dan ayah pening kepala... Biasa la ragam anak kecil. Bila mengamuk, haish...

Apa yang aku perhatikan, AZAM kini banyak memerhati dan meniru setiap apa yang dilahat ataupun didengarinya. Suatu hari semasa sepupunya MUAZ (2 tahun 1/2) datang ke rumah kami, mereka berdua bermain bersama. MUAZ menyanyi "... insyaAllah... ... insyaAllah... ... insyaAllah... you'll find your way...." nyanyian Maher Zain. Tiba AZAM turut menyanyi  "...ya Allah... ...ya Allah... ya Allah... your way..." walaupun patah perkataannya belum jelas, namun sudah cukup untuk membuatkan aku, suami, abah dan mama ketawa dan tersenyum gembira.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh ramai pakar motivasi bahawa pada usia ini, otak anak-anak ibarat span yang menyerap semuanya. Apa saja yang di lihat dan didengari pasti menjadi ikutannya. Begitu jugalah dengan anak ku ini. Sekarang memang sudah pandai mengajuk perilaku yang aku lakukan seharian seperti menyapu sampah, mop lantai, dan sebagainya. Adakalanya dia turut memanggil ayahnya "abang" kerana itu adalah panggilanku buat suami tercinta.

Pernah juga satu ketika aku hilang sabar dan meninggikan suara padanya, AZAM akan buat memek muka bersalah atau pura-pura menagis sambil menekupkan kedua-dua belah tangan kemuka sambil tersedu-sedu...
Rasa bersalah pasti ada setiap kali aku terpaksa memarahi dirinya. Namun setiap kali itu jugalah aku akan memberitahu mengapa aku marah walaupun aku tak pasti samaada di sudah memahami kata2 ku atau tidak... Yelah pembelajaran anak kecil bermula dari dalam rahim ibu lagi kan. Jadi sentiasalah luangkan masa untuk bermain dan belajar bersama mereka.

Pernah seketika aku membaca tulisan-tulisan di surat khabar, internet dan blog, yang mana menceritakan tentang bagaimana ibu bapa yang tidak mampu menahan kemarahan lalu mencederakan anak mereka sendiri. Ada juga kes yang mana hingga mengadaikan nyawa... Nauzubillah...

Luangkan masa anda seketika... Bayangkan situasi ini : Suatu hari anda dalam keadaan letih dan terlihat anak anda sedang bermain dengan sekotak tisu yang baru dibeli. Dia menarik keluar tisu tersebut dan mengoyak-ngoyak serta melambung-lambungkan tisu tersebut hingga bersepah disemua tempat. Apa yang anda lakukan...???? Pastinya kita akan memarahi dan menyuruh dia berhenti. Lalu merampas kotak tisu itu sambil merungut-rungut membersihkan kotoran yang dilakukan oleh anak kecil itu. Anak kecil tadi terdiam dan merenung kita sedalam-dalamnya. Ada pula yang mungkin akan menangis. Aku sendiri pernah mengalami situasi ini. Namun bila aku pikir-pikirkan semula, mungkin dia sedang bermain dengan salji buatannya sendiri. Biarkanlah saja dia bermain. Sebagai ibu bapa, kita harus sedar bahawa anak kecil suka bermain, berimaginasi dan suka meneroka. Jadi janganlah kita menyekat perkembangan mereka dan sentiasalah bersyukur kerana bila kita bersyukur kita akan lebih redha, tenang dan gembira...

P/S : Duhai anakku, terokailah dunia ini semahu mu... Agar kau bersyukur dengan kejadian alam semesta... ^__^ xoxo

No comments:

Post a Comment