Monday, January 17, 2011

Anak Anda Suka Bermain?



SEMUA kanak-kanak gemar bermain malah mereka bermain setiap masa tanpa mengira waktu.  Ada ibu bapa bimbang sekiranya anak mereka bermain sehingga malas belajar. Namun kajian pakar kanak-kanak menunjukkan, selain boleh membuatkan kanak-kanak leka, bermain juga adalah proses pembelajaran paling berkesan serta memantapkan pemikiran mereka. Untuk melihat sama ada kanak-kanak itu serius atau tidak, lihat ketika mereka bermain. Ini kerana kanak-kanak akan memberikan tumpuan seratus peratus ketika mereka bermain.

Antara permainan yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 18 sehingga 24 bulan ialah melatih mereka untuk mendengar cerita yang dibacakan menerusi buku sekurang-kurangnya lima minit setiap hari. Lakukan hubung kait menerusi gambar dengan aktiviti yang pernah dilakukan suatu ketika dulu, tunjukkan gambar kemudian minta anak anda menamakan haiwan itu, sebut lebih 50 perkataan dengan terang dan beri jawapan ringkas pada setiap persoalan anak anda.

Setiap hari ibu bapa harus meluangkan masa 20 minit bersama anak-anak sama ada melakukan aktiviti bermain atau belajar.Pertemuan ini harus dilakukan setiap hari secara bersemuka. Bermain dan belajarlah bersama anak.Ini kerana cara ini mampu mewujudkan perhubungan yang sihat serta mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain. Namun jangan sesekali memberikan tekanan kepada anak dengan mengharapkan mereka mampu melakukan seperti mana keinginan ibu bapa.



Setiap anak juga menunjukkan perkembangan berbeza justeru, jangan membeza-bezakan anak anda dengan anak orang lain. Bagi memberikan sifat yakin, harga diri serta bersemangat tinggi. Selain perkembangan minda menerusi aktiviti bermain, penting untuk melengkapkan kanak-kanak dengan stimulasi dan khasiat pemakanan sesuai.

Cara terbaik memastikan anak-anak mencapai potensi diri adalah dengan memastikan mereka menerima pelbagai khasiat makanan. Ia seperti membina menara menggunakan batu-bata. Asas yang kukuh dan stabil diperlukan agar anda mampu membina bangunan setinggi mungkin.

Walaupun acara ini dikhaskan untuk kanak-kanak, pada masa sama kami ingin mendidik ibu bapa mengenai peraturan asas ketika memilih khasiat sesuai untuk kanak-kanak. Pemakanan mereka harus mengandungi kombinasi khasiat seimbang untuk menyokong pertumbuhan secara menyeluruh.



Hasil penyelidikan menunjukkan peningkatan pengambilan DHA tidak mencukupi untuk membantu perkembangan otak mereka. Perkembangan otak yang lengkap memerlukan khasiat kombinasi lemak (omega 3, asid lemak omega 6 dan fosfolipid), vitamin dan mineral (kolina, besi dan zink).

Ramai ibu bapa percaya DHA dan AA saja sudah mencukupi untuk perkembangan otak anak mereka. Justeru, ibu bapa biasanya akan menggandakan pengambilan DHA dan AA dan mengabaikan khasiat lain yang sama atau lebih penting dalam membantu perkembangan mental mereka secara menyeluruh. Sistem nutrisi Eye-Q di Gain Plus mengandungi kombinasi khasiat diperlukan kanak-kanak iaitu DHA, AA, asid alfa linolenik (ALA), asid linoleik (AA), fosfolipid, kolina, taurina, zat besi dan zink bagi memudahkan kanak-kanak mendapatkan khasiat lengkap untuk perkembangan otak mereka.

P/S : Setelah seharian penat bermain, Azam tidur lena di waktu malam ^__^

Sumber : Harian Metro Rabu 6/7/2010

No comments:

Post a Comment