Wednesday, January 5, 2011

JoBStreetDoTCoM

Alhamdulillah permulaan Tahun 2011 ini dapat aku mulakan dengan baik. Semalam dapat panggilan untuk datang temuduga kerja dan penilaian oleh Jobstreet.com di KL. So hari ni dengan agak kelam-kabut aku print resume dan semua sijil2 yang diperlukan. Tup tup, baru aku sedar gambar bersize pasport aku takde!!! Argghh jam dah kul 10 pagi dan aku intbiu kul 11 pagi!!! Siap-siap dokumen semua terus gi kedai gambar then terus menuju ke destinasi. Sampai2 di sana lebih kurang 10.45 pagi, memang ramai la org yang datang intbiu untuk mcm2 position. Seronok tengok gelagat orang sampai tak sedar pulak kenapa la si penemuduga ni lambat sgt. Aishh... Perut lak lapar. Sempat sambar 1,2 sudu nasi lemak je pagi tadi... Dalam hati aku risau jugak takut perut ni berdondang sayang... Nnt kedengaran... uisshh malu!!!


Dekat 2 jam jugak la aku kat situ . Dah selesai tu terus balik n singgah makan mee rojak. Now tunggu la pulak if there is any suitable position dengan qualification yang aku ada. Hati ni sebenarnya masih berbelah-bahagi sama ada nak kerja balik atau tidak sebab memikirkan akan meninggalkan si kecilku Azam ( walaupun dah tak kecil lagi...dah nak masuk 2 tahun pun) pada orang lain... Hurmmm... risau2... tapi semangat untuk bekerja tu masih menebal juga dalam hatiku. 

P/S : Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku... ^__^

No comments:

Post a Comment