Friday, January 14, 2011

Tingkatkan Sistem Pertahanan Dengan Probiotik


Bakteria Jahat ;p
Kerisauan ibu bapa terhadap penyakit seperti demam, selesema dan batuk yang mudah menyerang anak-anak adalah lumrah. Namun teknologi sains telah menemui penawar berkesan menghalang virus penyakit itu menyerang manusia. HASNITA SAWAL mendapatkan butiran lanjut daripada pakar yang menemuinya.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah diserang simptom demam dan selesema dan ia berlaku enam hingga 10 kali dalam setahun di seluruh dunia. Kanak-kanak di pusat jagaan berisiko tinggi lebih 1.5 hingga tiga kali mendapat jangkitan saluran pernafasan berbanding kanak-kanak yang dijaga di rumah.

Semuanya berlaku kerana sistem pertahanan badan kanak-kanak kurang mampu menentang serangan virus tersebut. Justeru itu, pakar saintis telah membuat kajian dan menemui Probiotik yang mampu meningkatkan sistem pertahanan dalam badan manusia.

Dr. Sampo Lahtinen, Pengurus Platform Kesihatan & Pemakanan di Danisco Finland, yang juga pakar dalam kajian berkenaan kebaikan kesihatan fungsi bahan-bahan makanan seperti prebiotik dan probiotik memberitahu probiotik adalah mikrob hidup dan apabila diuruskan dalam jumlah yang cukup, mampu memberikan kebaikan kesihatan kepada manusia.

Probiotik dikenali sebagai alat bantuan memperbaiki sistem pencernaan. Namun yang masih belum biasa diketahui adalah beberapa tarikan spesifiknya yang boleh menguatkan sistem kekebalan dan membantu mengekang serangan demam dan selesema.

Tugas probiotik

Sel pertahanan spesifik, seperti sel dendritic, sentiasa menyelidiki kandungan usus dalaman. Apabila probiotik berinteraksi dengan sel pertahanan dalam usus dalaman, probiotik akan menguatkan pertahanan kekebalan menentang pathogens.

Probiotik juga membantu mencegah jangkitan biasa kerana sifat mereka antipatogen. Patogen boleh menyebabkan jangkitan di lokasi yang berbeza pada tubuh, tetapi laluan khas penyerangan mereka adalah melalui permukaan mukosa, di saluran pernafasan bahagian atas dan di dalam usus.

Probiotik yang dihadam membantu memerangi patogen pada peringkat mukosa, contohnya menghasilkan komponen anti-bakteria. Apabila probiotik yang dicerna berinteraksi dengan sel kekebalan badan dan patogen dalam permukaan mukosa manusia, maka sangat penting untuk memilih probiotik yang memiliki kemampuan kuat untuk melekat pada lendir manusia. Sifat cemerlang probiotik di dalam usus itu digunakan dalam penghasilan Kordel’s Howaru Protect probiotik.

Apa itu Howaru Protect

Howaru Protect adalah campuran unik dua saringan probiotik, yang telah dibuktikan melalui proses kualiti tinggi, kesilauan berganda (double-blinded), kawalan-placebo, cubaan perantaraan manusia untuk mengurangkan insiden jangkitan saluran pernafasan atas (lebih biasa dikenali sebagai demam dan selesema).

Saringan probitik yang digunakan dalam Howaru Protect adalah Lactobacillus acidophilus NCFM dan Bifidobacterium lactis Bi-07. Kajian menunjukkan Lactobacillus acidophilus NCFM dan Bifidobacterium lactis Bi-07 berinteraksi secara langsung dengan sel dendritic manusia, dan membentengi mekanisme manusia menentang pencerobohan virus. Ia terdapat dalam kesan perlindungan pada Howaru Protect memandangkan kebanyakan kes selesema biasa berasal dari virus.

Kekuatan Howaru Protect dibandingkan dengan produk lain yang mengandungi bakteria baik untuk usus manusia iaitu ia telah dibuktikan dalam ujian klinikal yang besar serta sokongan sains di sebalik penciptaan produknya.

Manfaat probiotik adalah strain-specific (khusus untuk kombinasi saringan). Hasil klinikal yang ditunjukkan untuk satu produk tidak boleh disamakan dengan produk probiotik lain kerana produk lain mempunyai bakteria yang berbeza, lagi pula ia tiada kesan pengenalan.

Kesan kesihatan probiotik juga bergantung pada dos. Kesan kebaikan Howaru Protect telah ditunjukkan pada 10 billion cfu. Bagaimanapun produk lain tidak membuat ujian yang sama, jadi kesan dos yang rendah itu mungkin hanya spekulasi.

Sesuai untuk semua

Howaru Protect disasarkan pada semua lapisan manusia dan selamat untuk semua, daripada kanak-kanak (setahun ke atas) sehingga orang dewasa. Produk ini juga mungkin berkesan khususnya pada mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan pernafasan seperti kanak-kanak, orang tua, mereka yang kerap mengembara, di bawah tekanan dan yang sering terdedah pada orang sakit. Probiotik tidak boleh diberi kepada pesakit yang sakit kritikal atau immunosuppressed tanpa nasihat dari doktor.

Secara idealnya, probiotik sepatutnya diambil semasa waktu makan apabila persekitaran perut kita sedang dalam keadaan baik tetapi Howaru Protect juga boleh diambil antara waktu makan dengan sebarang minuman seperti air masak, susu atau jus kecuali minuman panas dan beralkohol. Tetapi Dr Sampo menyarankan agar mengambilnya dalam masa yang sama setiap hari untuk kesan lebih baik.

Probiotik bukan antibiotik atau ubat. Bagaimanapun info ia boleh digunakan bersama antibiotik untuk melawan kesan sampingan berbahaya dari antibiotik, seperti gangguan dari mikrobiota usus biasa dan antibiotik berkaitan diarea/ciritbirit. Seperti lain-lain probiotik, Howaru Protect disasarkan terutama pada pencegahan dan penjagaan kesihatan daripada mengubati penyakit.

Umumnya, kesan peningkatan kekebalan probiotik dapat dilihat selepas beberapa minggu pengambilan probiotik. Kesannya berpanjangan sepanjang pengambilan probiotik dan akan berhenti sebaik anda tidak mengambilnya. Oleh itu, pengambilan jangka panjang yang berterusan dianjurkan untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada probiotik.

P/S : Persiapkan diri anak melawan kuman dan penyakit ^__^!!! 
(sumber dari http://www.majalahpama.com.my/bayi/artikel.asp?art=2011/0103/2983663957&sec=Gizi)

No comments:

Post a Comment