Saturday, February 12, 2011

Baby Fever

Lama tak tulis blog. Maybe sibuk skit dengan sikecil dan persiapan untuk mula kembali bekerja isnin ni. Hmmm... Hati masih lagi berbelah bahagi. Mana tak nya, 2 tahun dengan si kecil depan mata 24/7, dan sekarang sudah mula membiasakan diri bila menghantar nya ke taska. Alhamdulillah, dia juga semakin serasi di sana.



Yang lagi memeningkan kepala bila Azam start demam. Aduh... risau pulak nak tinggalkan dekat taska nnt. Dah masuk hari ke-3 masih tak kebah juga. So dah 3 hari jugalah ibu ni tak dapat cukup tidur. Azam pula memang kebiasaannya seolah2 meracau bila suhu badannya tinggi. Sebab risau kena tarik2 (sawan) seperti mana yang selalu diceritakan oleh orang lain, jadi bersengkang mata menjelum dia agar suhunya turun semula. Risau... Esok kalo masih tak ok, ingat nak bawak ke hospital saja sebab dah nak abis ubat demam n antibiotik tapi masih tak kebah lagi demamnya...

P/S : Semoga si kecil lekas sembuh ^_^

No comments:

Post a Comment