Tuesday, February 15, 2011

Work, Wife, Moms... Life



Alhamdulillah... Hari pertama kerja dilalui dengan "OK". Memang tak sangka dalam masa terdekat ni aku kembali menjadi seorang wanita bekerjaya... Dari suri rumah sepenuh masa, saja2 apply kerja.. dan sekarang... Hmmm...

Kini, aku perlu menyeimbangkan kehidupanku yang merangkap seorang pekerja, isteri dan juga ibu. Masa jadi teramat berharga untuk aku. Kalau dulu boleh berlengah2, sekarang tidak lagi. Mana tidaknya, pagi2 dah nak kena siapkan diri untuk ke pejabat dan menghantar si kecil ke taska. Memang mencabar jugalah di minggu pertama kerja ni. Masa selepas balik kerja juga amat berharga untuk diluangkan bermain dengan buah hati kesayangan ku itu sebab jam 9 malam, dia dah lena tidur. Semua masa yang ada akan aku cuba gunakan sebaik mungkin. 

Sebagai seorang isteri, aku bertuah kerana hubby tak terlalu cerewet. So... love u so much... :P thanks for all the support n sponsor ye... hehehehe...

Inilah kehidupan baru ku yang penuh dengan cabaran dan insyaAllah akan aku harungi dengan tabah dan setiap langkahku pasti aku lakukan dengan cekal,

P/S : Tabik spring pada mama yang menjadi isteri, mama dan juga seorang jururawat yang berjaya... Love u mama...

No comments:

Post a Comment