Saturday, March 19, 2011

Kasihan Anakku...

Sejak kembali bekerja, rasa letih tu memang tak dapat nak digambarkan rasanya. Kadang-kadang aku sendiri pun tak pasti apa yang aku rasa??!!! Hmmm... Keliru!!!???

Ada masanya terlepas juga keletihan itu kepada kemarahan. Mana tidaknye bila Azam meragam setiba saja aku pulang ke rumah. Kadang tu kena marah jugak si kecil tu. Tapi lama kelamaan, aku sedar aku tidak sepatutnya menempiaskan keletihan itu menjadi satu kemarahan. Bila berbual dengan rakan sepejabat, baru aku tahu bukan aku saja yang menghadapi situasi begini. Ada juga yang lebih dramatik dari aku.... Hehehe...

Jadi, aku mengambil pendekatan untuk cuba mengawal keletihan dan tinggalkan segala masalah kerja di pejabat! So far Alhamdulillah ianya berkesan. Kasihan kan si kecil yang mungkin merindui kita, pasti bila kita pulang dia mahu sentiasa dimanja dan diberi perhatian sepenuhmya...


P/S : Berubah ke arah kebaikan ^__^!!!

No comments:

Post a Comment