Sunday, May 8, 2011

Hadiah terbaik sempena Hari Ibu



Sempena Hari ibu, banyak ucapan diudarakan di televisyen, radio, dan tak kurang juga di facebook, twitter, friendster dan lln. Aku juga sempat mengirim sms dan telefon pada mama tersayang untuk mengucapkan betapa aku menghargainya sebagai seorang ibu. Kini bila aku sendiri sudah bergelar ibu, aku tahu perit jerihnya melahirkan dan membesarkan anak. Walaupun kini aku juga bergelar ibu, kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan oleh mama masih melimpah ruah pada semua anak-anaknya. 



Dari kecil kami sekeluarga selalu diingatkan oleh mama dan abah tentang betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan hubungan adik beradik. Alhamdulillah dengan bimbingan dan didikan mereka, kami berempat punya persaudaraan yang amat kukuh dan rapat antara satu sama lain. Terima Kasih Mama... Terima Kasih Abah...


Bagi aku pula, hadiah terbaik adalah apabila suami mengucapkan ucapan Terima Kasih dan ucapan Selamat Hari Ibu kerana menjadi seorang ibu kepada hero kecil kami. Dan amat menyentuh hatiku bila Azam sendiri datang pada ku dan menyebut "Terima Kasih Ibu" dengan pelat-pelat comeinya itu. Aku tahu dia ikut ucapan sempena hari ibu yang diiklankan di kaca televisyen. Namun aku cukup rasa bahagia kerana aku tahu aku punya mama sebagai seorang ibu yang terbaik dan aku juga mahu menjadi ibu yang terbaik bagi anakku.

Tak lupa juga buat Ibu Mertuaku, Kakak Iparku, dan Adik Ipar ku... Selamat Manyambut Hari Ibu... Sesungguhnya semua ibu-ibu adalah wanita yang istimewa...

P/S : Selamat Menyambut Hari Ibu, Hargailah ibu anda selagi hayat mereka masih ada... ^v^ !!!

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

No comments:

Post a Comment