Monday, July 18, 2011

KL Gangster


AMARAN!!! Filem KL Gangster adalah PG13, dan amatlah tidak sesuai untuk yang berumur bawah 13tahun atau yang tak sukakan darah atau sesuatu yang pantas seperti aksi-aksi yang boleh buatkan korang pening kepala..hehe!!! Dan bahasanya teramatlah tidak sesuai bagi kanak-kanak...


Akhirnya dapat juga tengok citer KL Gangster ni. Member-member yang dah tonton cite ni semua bagi komen positif. Adalah satu, dua komen yang negatif kan... 

Aku rasa dengan menampilkan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan sebagai pelakon utama dan pembantu, jalan cerita filem KL Gangster memang menarik dan setiap seorang mempunyai daya tarikan tersendiri. 




Hmmm... pada aku, citer ni setaraf la jugak dengan filem-filem aksi negara luar. Aksinya pergaduhannya nampak real dan gerakan yang pantas membuatkan aku boleh cakap... "hmm.. patutla boleh mencecah kutipan BELASAN JUTA ringgit!!!"





Komen aku terhadap lakonan-lakonan artis pula...

Syamsul ni memang sesuai sangat bawa watak jahat nih. Zaman sekarang takde banyak dah samseng2 yang bermuka buruk. Tapi skrg ni semua hansem2 belaka...
Watak Zizan mmg agak menarik kerana ada sedikit unsur funny yang menceriakan jalan ceritanya. Cuma bahasa2 dan aksi ludah merata yang kurang aku senangi...
Shira kurang menyerlah kerana wataknya kureng skit la kan... dan tak banyak scene pun... Lagipun filem ni lebih kepada aksi gaduh kisah awek ataupun cintan-cintun nih...
Aaron pula mmg cool la sebagai lead hero kan... Tapi ada masanya aku rasa dia kurang menjiwai wataknya... Hmmm...

Watak Corrie pun agak hambar sebab tak banyak aksi yang terlibat. hanya cakap2 gangster je...

Adi memang terbukti la boleh menjiwai watak jahatnya. Sampai akhir cerita pun dia lebihkan kepentingan diri dari keluarga... memang macam gangster...

Watak yang di bawa Saupi juga agak menghiburkan kerana dengan gelagat yang gila2, betul2 into the character! Syabas...



P/S : Sesiapa yang nak gi tgk cite ni... boleh la layan... Takde la nak kata rugi duit tgk cite ni kan... So harap2 lebih banyak filem kita yang dapat sambutan macam filem ni ^__^!!

No comments:

Post a Comment