Tuesday, October 25, 2011

Back To Work!!!



Alhamdulillah, telah selamat memulakan kerja semula di opis. Perasaan masuk kerja ni bercampur baur. Tapi susah nak aku katakan apa sebenarnya yang aku rasa. Namun aku gagah kan diri agar terus tabah dan terus tersenyum. Dalam hatiku asyik memujuk diri ~PLS DON'T CRY~

Aku tahu aku semakin kuat menghadapi ujian dalam hidup. Dengan sokongan semua yang menyayangi aku, aku mampu lakukan. Walaupun ada segelintir suara-suara sumbang yang menyindir namun tak mahu aku ambil kisah lagi. Ini ketentuan Allah dan siapa kamu untuk mempersoalkan keputusan Allah.

Usaha mengawal diri dari stress nampaknya semakin ada improvement. So far takde la rasa nak marah or nak menjerit sgtkan.. hehehe... Kehidupan juga dirasakan kembali tenang. semoga semuanya berjalan dengan lebih baik lagi... insyaallah...

P/S : Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan ^__^

No comments:

Post a Comment