Friday, October 14, 2011

Pertanyaan Azam

Hari ni semasa mengambil Azam pulang dari taska, sempat berbual dengan Teacher Ain yang memang akrab dengan Azam. Memang diakui kelasakannya hanya individu tertentu saja yang boleh tahan. Kadang2 ibu pun takleh tahan... Hehehe (kena la banyak bersabarkan). Makin besar, makin bijak, makin manja, makin pandai berkata-kata, macam-macam kemahuan, dan macam-macam keletahnya. Dialah penawar hati, dialah pengubat rindu...

Teacher Ain bercerita pada aku, hari ini Azam beritahu teacher... "Teacher, adik dekat syurga... adik sakit... Tuhan amik..." Aku pun hanya senyum mendengar apa yang dikatakan oleh Teacher Ain. Aku pun beritahu Teacher Ain itulah yang terpaksa aku jelaskan pada Azam apabila setiap hari dia bertanyakan adiknya.

Hanya sekali aku memberitahu Azam bahawa adik sakit dan telah dijemput oleh Tuhan di syurga. Azam memandang tepat pada wajahku dan mengulang apa yang aku cakap. Cepat betul dia mengingatinya dan samaada dia faham atau tidak, tapi itulah yang diulangnya 2,3 hari ini...








P/S : Anak ibu dah besar dan semakin pandai. Ibu & Ayah sayang Azam... ^__^

No comments:

Post a Comment