Sunday, October 9, 2011

Please Pray for Me and My Baby - IV

Mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuhi hari esok. Ada bahan bacaan yang amat berguna sebagai pengetahuan ku dan ada juga yang memberiku semangat dan dorongan. Salah satu blog yang memberi aku kekuatan mengenai situasi ku ini adalah blog http://drazwan.blogspot.com.

Sedikit sebanyak dapat memberi aku ketenangan dan juga pandangan dari sudut yang berbeza. Antara yang diperkatakan oleh beliau adalah:

"...Memang benar bahawa masalah keguguran ini banyak faktornya.

Apabila seseorang ibu mengalami keguguran, ada yang menyalahkan makanan. "Ini tentu sebab makan ayam penyet atau empel sapi kat Restoran Wong Solo, Kg Baru lah ni", kata suami si Polan apabila diberitahu isterinya baru sahaja mengalami keguguran.

Dalam budaya melayu ada yang menyalahkan buah-buahan atau sayur-sayuran. Yang paling popular ialah nanas kerana sifatnya yang tajam. Sejauh mana kebanarannya saya tidak tahu kerana tiada kajian saintifik dijalankan yang terhadap nanas. Maknanya, kalau puan-puan nak elakkan maka elakkan lah.

Saya pernah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa beliau mengandung (luar nikah) dan ingin menggugurkan anaknya. Telah banyak kali cuba termasuk memakan nanas tapi tak berjaya, oleh itu dia mahu mencuba ubat pula. Seperti yang saya biasa jawab, saya tak buat itu semua sebab saya orang Islam. Nenas pada saya, cara yang paling tidak berkesan untuk menggugurkan kandungan.

Secara amnya, ada banyak sebab terjadinya keguguran. Trauma seperti jatuh motor atau kemalangan boleh menyebabkan keguguran, penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit genetik atau autoimun, pintu rahim yang lemah, racun, ubat-ubatan, pembedahan ketika mengandung, demam tinggi akibat jangkitan kuman sehingga lah ke stress juga boleh menyebabkan keguguran.

Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasa houseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut sepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awal mengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan zuriat.

Pada hakikatnya, menyalahkan sesuatu penyebab sebagai sebab utama keguguran adalah sukar kerana setiap individu manusia adalah unik penciptaannya.

Berbalik kepada masalah keguguran itu tadi. Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.

Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yang tersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini dan bersabar.

Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.

Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.

Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.

Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukar mengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapa bulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untuk menjadi ibu. Syukurlah...

P/S : Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.

No comments:

Post a Comment