Monday, November 28, 2011

Buah Pesimmon ???



Pelik tak buah ni? Bagi aku memang pelik sebab aku tak pernah tgk buah ni sebelum ni. Rupanya macam tomato tapi namanya PISANG KAKI??? ( Haa??? Tak macam pisang pun!) Itulah yang buat aku rasa pelik. Hahaha

Suatu hari di opis (dalam minggu lepas la) seorang rakan sekerja aku bagi aku makan buah ni. Mula2 tu aku tak nak sebab aku takut rasanya masam! Tapi dia suruh aku cuba jugak. Memang MANISSS!!! Buahnya rangup. Aku rasa lagi rangup dari buah epal yang aku selalu makan. Hehehe

So pagi semalam pergi pasar, ternampak la buah ni. Terus aku beli. Sepinggan ada 7 biji di jual pada harga RM5. Balik tu terus kupas and makan la satu family. Sesetengah orang makan dengan kulit2 sekali. tapi aku tak suka sebab kulitnya sedikit keras. Bila aku makan dengan kulit2 akan rasa mcm nak tercekik and anda sedikit rasa pahit. Tapi bila makan kupas kulit, mmg betul manis.

So hari ni aku google la pasal buah ni...


Merujuk wikipedia, PISANG KAKI ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam family kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "BUAH DEWA"
Refer : www.ms.wikipedia.org


Buah pisang kaki mengandungi vitamin C, glukosa, sukrosa, fruktos dan iodin. pisang kaki juga sangat bernilai tinggi dari segi kesihatan dan perubatan. Antara khasiat buah berbentuk bulat dan berisi rangup ini ialah menurukan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah di dalam pembuluh darah koronori, mengatasi sembelit dan meredakan sedu.


Pisang kaki berasal dari keluarga Ebenaceae. Kalau kawan-kawan melihat pada permukaan buah pisang kaki yang kering, adan kelihatan seperti serbuk-serbuk putih. Serbuk putih itu mengandungi manitol, glukosa dan vitamin C yang amat baik untuk paru-paru dan jantung.

P/S : Makan banyak buah-buahan baik untuk kesihatan ^__^

No comments:

Post a Comment