Sunday, November 13, 2011

Sambutan Aidil Adha 2011- Surau Al-Falah

Seronok melihat gambar2 yang di upload oleh rakan2 sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha. Semasa pulang ke kampung, aku juga sempat merakamkan gambar2 kenangan sambutan di surau kesayangan kampung kami. Walaupun surau ini agak kecil, namun alhamdulillah... Kalau musim perayaan, apabila sanak saudara pulang beraya, pasti penuh. Seronok juga bila berjumpa kawan2 dan juga jiran tetangga yang memang dah lama tak jumpa.



Kami sekeluarga berpindah ke kampung ini sekitar 1994 dan sejak itulah kami sering sembahyang raya di surau ini. Dahulunya surau ini kecil saja tapi lama-kelamaan dah diperbesarkan.

Pagi2 lagi azam dah memang excited nak tgk lembu. Atok bawak Azam naik motor la... ibu dengan ayah jalan kaki je... Sampai2 je memang dah ramai pun orang. Memang menarik dapat lihat sesuatu yang memberi makna korban dalam setiap umat Islam di muka bumi Allah S.W.T ini...

Masa mula-mula sampai mmg excited sgt la tu

Masa ni dia dah gelabah dah tgk lembu kena sembelih

Melihat satu "pengorbanan"

Memang ramai yang hadir membantu

Alhamdulillah, tumbang seekor lembu, 3 lagi menunggu giliran

Orang kuat (my brother and my dad)

Dah takut la tu...

Pakar-pakar melapah kulit lembu

Mmg expert diorang ni. Cepat je ...

Tutup mata terus, tak nak tgk lagi...

Yang mengetuai ibadah korban kali ini

Tmpat untuk melapah daging

Sebelah kaki lembu digantung dahulu

Back to nature -tmpat nak potong danging-

Golongan muda turut membantu
Tengok orang ramai sibuk lapah daging

Bila bekerjasama, semua kerja jadi mudah

Ok dah nak balik dah

P/S : “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

2 comments:

  1. meriah jugak ye korban tahun ni... apesal sepanjang belas2 tahun duduk situ kite tak penah pegi???

    ReplyDelete
  2. entah, maybe tahun ni sebab abah bawak azam pergi.. so akak tanya la.. ada tak org perempuan pergi.. abah kata... ramai... that's why la akak pergi... hehehe

    ReplyDelete