Monday, December 19, 2011

Ada apa dengan KOREAN group

Lately ni macam interested balik dengan lagu-lagu korea. Kalau dulu masa belajar di universiti aku dan kawan2 gile tgk drama-drama korea. Sanggup tu beli VCD Original. Memang feel la kan. Kalo terlepas satu episod yang tayang kat TV, mesti rasa tak puas hati je. So sekarang ni lagu2 mereka pulak yang banyak mendapat perhatian rakyat malaysia.
Wonder Girls
Kalau nak di ikutkan, mula2 kumpulan yang top yang aku suka wonder girls dengan lagu "I want nobody2 but u" tu la kan.. Dengan video klip yang memang menarik and sempoi je. Lepas tu banyak lagi la kumpulan2 lain yang hit dengan lagu masing-masing.


4 minutes

4 minutes
Aku tahu ramai yang memang obses dengan korean ni. Yelah mana taknya, kalau tangkap gambar semua sibuk buat muka comel (kononnye :p). Kembungkan pipi, tangan buat peace letak kat pipi la, mata la dan bla bla bla...

T-ara
Nak cakap pasal nyanyian aku rasa macam biasa je cuma mungkin sebab kebanyakan kumpulan2 K-pop ni suka menari dan koreographi mereka rancak, menarik tapi adakalanya terlalu seksi. Hmm... terpulang la pada tafsiran masing2 kan...

After school
Namun apa yang menarik minat aku ialah, kalau diperhatikan pelakon, penyanyi mereka ni semua kurus2, kulit gebu2 dan kaki panjang2... Pernah aku terbaca dalam magazine beritahu amalan memakan kimci membantu mereka kekal langsing dan kimci juga membanteras selulit. Betul ke? Kalo betul, lepas ni ramai la penduduk malaysia ni yang akan  mula makan kimci kan...

Kara
So sejak melanggan astro antara fav channel aku adalah C391 -KBSW. Aku suka tgk Gag Concert dan Secrets dan juga drama-drama yang ditayangkan and kalau nak layan lagu2 dia aku tgk Music Bank.

Girls Generation
 P/S : Hopefully budaya masyarakat kita masih terpelihara daripada terpengaruh dengan kedatangan unsur2 negara luar ^__^

No comments:

Post a Comment