Friday, December 16, 2011

Doktor Oh Doktor

Sebenarnya memang banyak nak cerita kat blog ni, tapi entah la. Macam tak cukup masa je kebelakangan ni. Tapi ada satu perkara yang betul2 buat aku HOT sangat baru2 ni.


gambar sumbangan dari mr google


Seperti biasa la ada appoinment dengan doktor dkt Hospital Putrajaya pada 12/12/2011. Kebetulan hari tu selangor cuti tapi Putrajaya tak cuti. So pagi2 dah pergi hospital Appoinment dgn doktor kul 9pagi. So dalam 8.30 dah ke kaunter pendaftaran. Lepas kaunter pendaftaran kena la tun ggu depan klinik O&G. Dah dekat jam 11.30 baru nurse panggil masuk bilik doktor. Lagi buat aku panas lepas tunggu lama, doktor takde dalam bilik. Kena tunggu lagi 20 minit baru nampak doktor.

Yang buat aku geram tu bila doktor masuk kan no rujukan aku dalam komputer dia, dia terus je ckp kat aku result makmal belum keluar. Aku pun dengan muka terperanjtnya pandang muka nurse dan nurse bagi tahu doktor salah bagi tarikh. sepatutnya keputusan makmal dalam tempoh 3 bulan. Doktor pulak terus suruh nurse buat tarikh temujanji baru. Itu je!!!

Punya la lama aku tunggu itu je doktor tu cakap. Dah la mcm tu takde la pulak doktor tu  nak minta maaf ke apa kan. Rugi separuh hari aku untuk menunggu dekat situ tanpa diperiksa. Last2 aku bagitau doktor aku batuk dalam seminggu dua ni dan mintak dia tolong checkkan paru2 aku takut kena asthma balik. Dengan muka ketat sambil tak ikhlasnya dia check aku tak sampai 1 minit pun dan hanya bagi aku ubat batuk. Tapi aku tahu nurse tu tahu aku tak puas hati and muka dia pun memang nampak rasa serba salah. Lagi buat aku geram, aku tgk dari pagi aku duk nampak mak bapak n seorang lelaki duk mundar-mandir kat depan klinik O&G and sesekali jumpa doktor tu siap bawak bekal lagi. Aku rasa memang mak bapak doktor tu la kan sebab dia ada panggil amma, appa... bla bla bla...

So sebelum aku balik, aku tanya dekat nurse tu siapa nama penuh doktor tu dan aku dengan penuh semangat akan melayangkan surat aduan kepada pengarah Hospital Putrajaya dan cc kepada pihak2 berkenaaan di Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kali ni kesabaran aku betul2 tercabar... So doktor, next time jgn la buat kerja sambil lewa...

P/S : Kalau orang tak sakit, takdenya sesaje suka nak pergi hospital tu ^__^!!!

No comments:

Post a Comment