Sunday, January 8, 2012

Dr Azizan Osman -Kuasai Potensi Diri-

Alhamdulillah, hari ni selesai mengikuti seminar anjuran DAO (Dr Azizan Osman) yang betul2 hebat. Sebelum ni aku selalu tgk saja gambar dan iklan2 beliau di surat khabar dan majalah. Dan kadang-kala terdengar la motivasinya di radio. Selalu aku terfikir apakah perasaannya menghadiri seminar yang di anjurkan oleh DAO.

sumber dr 


So hampir 2 minggu mendaftarkan diri dengan yuran yang amat berpatutan, hari ni berlangsung la seminar tersebut di DE PALMA Hotel Shah Alam. Bila dah menyertainya sendiri, mmg aku rasa amat luar biasa. Pendekatan yang di bawa oleh DAO sangat LUAR BIASA!

Walaupun seminar yang aku hadiri ini hanya 4 jam, namun pengisiannya amat banyak. Dan untuk mendalami lagi potensi diri, akan ada kursus seterusnya pada bulan Febuari 2012 selama 3 hari di KL. Eventhough harganya "agak murah (vice versa)", hehehe tapi pastinya lebih hebat lagi! Hopefully dapat menyertainya nnt.


DAO ada menerangkan macam mana kita nak mengenali potensi diri dan bagaimana nak menguasainya. Kita perlu sentiasa positif dan berdoa pada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha penyayang. Jadi kita jgn malu untuk meminta dari-Nya.


DAO juga sering mengingatkan, apa jua yang kita lakukan adalah untuk dunia akhirat. Sentiasa rasa bersyukur dan sentiasa memberi agar hidup kita diberkati. "The more u give, the more you get back".


Dan yang paling penting adalah keberkatan dari ibu bapa kita. Sentiasalah menyenangkan hati mereka dan sentiasalah mencari keredhaan ibu bapa, pasti kejayaan dalam gengaman kita. Memang banyak lagi input2 yang memberangsangkan namu pengalaman menghadiri sendirinya amat hebat dan aku bersyukur Allah s.w.t memberi aku kesempatan menjadi peserta seminar ini.


P/S : Saya Kaya & Berjaya (kata2 DAO) ^__^

No comments:

Post a Comment