Saturday, April 28, 2012

Kalau, Kalau & Kalau



Hmmm actually post ni aku tulis sebab nak mengingatkan diri aku tentang satu perkara. Iaitu antara perkataan "kalau" dan juga "redha". Lately ni memang sedikit emosi sebab kalendar yang terpampang di depan mata aku dah dibulatkan tanda pada hari ini 28/4/2012 adalah due date kehamilan ku yang kedua. 



Pada ketika ini, perkataan "kalau" seakan-akan tak lekang dari hati dan minda aku yang mengenang sesuatu yang telah tiada. Asyik kalau, kalau dan kalau. Yelah aku pikir...

Kalaulah aku jaga diri betul2 semasa hamil dulu, pasti aku dah menunggu masa due aje sekarang ni...

Kalaulah aku tak stress...

Kalaulah aku tak kerja semula...

Kalaulah... Kalaulah... Kalaulah...

Macam2 lagi kalau yang aku pikirkan. Tapi tiba2 aku terfikir, kalau dalam dunia ni memang perkataan "kalau" itu diguna pakai... Pasti semua perkara pun jadi mudah. Pasti perkara2 buruk tak berlaku. Pasti takde kesilapan yang dilakukan. Jadi dimana pula takdir (qada'&qadar ) Allah s.w.t.. kalau hidup ni penuh dengan kalau?

Astagfirullahhalazim...

Cepat2 aku tersedar. Aku rasa perkataan "kalau" ini adalah mainan syaitan. Sebab bila kita asyik dengan  perkataan "kalau" kita tak menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita tak redha sebenarnya dengan apa yang terjadi. Tapi aku terfikir, sebelum ini telah aku pujuk diri dan redha dengan segalanya. Tapi kenapa masih ada perkataan "kalau" lagi dalam kamus diri aku ni?

Firman Allah SWT maksudnya : " ... dan (syaitan) itu mengatakan, 'Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan ku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka..."
(Surah an-Nissa' ayat 118-119)

Allahuakbar... Sebenarnya jika dipandang dari sudut yang berbeza, aku pasti semuanya ada hikmah. Cuma samaada kita sedar atau tidak hikmah disebaliknya. Sekiranya aku cuai dimasa lalu, kesilapan atau kealpaan yang telah aku lakukan dulu menjadi pedoman bagi aku agar aku tidak mengulangi perkara yang sama. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada jika kita ingin menikmati hidup dengan sepenuhnya.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

P/S : Jauhkanlah aku dari syaitan yang menyesatkan. Jadi disebalik semua ini aku bersyukur kerana hari ini aku masih bernyawa di bumi Allah dan diberi kesempatan menikmati hidup yang hanya pinjaman semata-mata.

4 comments:

  1. Setiap dari kita hambaNya takkan lekang dr ujian... Tabahlah dan sentiasalah bersyukur denhan perkara yg terjadi pd diri kita kerna hanya Dia yg mengetahui apa yg terbaik utk kita.....

    ReplyDelete
  2. Betul tu wanie, Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik untuk kita...

    ReplyDelete
  3. insyallah...ada rezeki soon. usaha + tawakkal ye imma...

    ReplyDelete
  4. Thanbks Amy, mmg sentiasa berusaha n tawakal pada Allah semoga diberikan yang terbaik...

    ReplyDelete