Thursday, May 24, 2012

Jangan Menganiaya Orang Lain

Hari ni saja aku nak kongsi sedikit tentang orang yang suka menganiaya orang lain. Adakalanya memang aku sendiri rasa dianiaya oleh individu2 tertentu yang selalu nakkan manfaat dan kepentingan diri sendiri hingga sanggup menjatuhkan orang lain. Memang kalo diikutkan kata hati, nak saja menyumpah seranah individu yang sebegini. Tapi sebagai umat Islam, tidak baik kita mendoakan keburukan walau dalam apa jua situasinya.

Nabi S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.
  
Jika menghadapi situasi begini, apa agak2nya yang boleh kita lakukan. Memang la senang bagi sesetengah orang menasihati kita supaya bersabar, tapi sejauh manakah kesabaran kita ini mampu bertahan dengan kerenah manusia yang suka menganiaya orang lain. 

Selalu dalam drama yang kita tonton, doa orang yang teraniaya ini pasti akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T samaada cepat atau lambat. Namun apa yang ditonjolkan harus kita sedari bahawa doa2 itu tidak menjurus kepada doa2 yang tidak baik. Contohnya "semoga dia mati dilanggar lori" atau "semoga keturunannya terseksa" dan macam2 lagi.


Kita boleh berdoa agar ia menjadi sesuatu pembalasan atau berdoa agar individu ini kembali ke jalan yang benar...

Pertama, kita boleh memohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan penganiayaan dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah buat diri kita.

" Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha "

Kedua, kita juga boleh berdoa untuk pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan pada kita.

" Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. "

Dan yang ketiga, Biarkan Allah membalas perbuatan mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

Pernah menonton ceramah dato' siti nurbayah bersama suaminya dalam rancangan semanis kurma: 

"jika kita ada berdosa sesama manusia dan tidak sempat memohon maaf, maka segala kebaikan dan pahala kita akan diberikan kepada insan yang kita zalimi, dan jika masih tidak cukup untuk menebus kesalahan kita, maka kita harus menanggung segala dosa insan yang kita zalimi itu."

Jadi dalam apa jua yang kita lakukan atau apa jua yang ingin kita kecapi, janganlah sampai kita menganiaya orang lain secara langsung atau tidak langsung dan sentiasa saling bermaaf-maafan agar kita terhindar dari azab di akhirat kelak.

P/S : Tak lokek apa pun bila kita merendahkan diri memohon maaf diatas kesalahan yang pernah kita lakukan ^__^

17 comments:

  1. Replies
    1. Silakan DaaLinn Linda... Moga beri manfaat pada yang membaca... Terima kasih sudi menjengah di sini...

      Delete
  2. Salam, bagus halaman ini tetapi warna merah atau pink dengan background warna hijau ini menyebabkan kami tak dapat baca ayat ayat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamaliah Mohd... InsyaAllah akan saya cuba tukarkan ke variasi warna yang lebih gelap supaya mudah anda membacanya... terima kasih sudi menyinggah di sini...

      Delete
  3. salam nk tnyla cmner awak buat blog ni ek? dgn background yg namapak natural..boleh x tolong ajarkan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amy Jurimi... Hanya perlu pilih background image yang anda suka dan adjust setting di bahagian design...

      Delete
  4. salam saya adalah manusia teraniya dan menganaiya orang..maksud adalah saya tidak suka cari psal dgn org tetapi mereka telah memfitnah dan suka ambil tahu pasal saya dan mengumpat dan akhirnya sy rasa rendah diri dan sakit, tambah mereka turut memaki saya dan anggap sy xde perasaan, kerna fizikal sy yg kurang cantik..akhirnya, sy ade perasaan cemburu/hasad dengki terhdp mereka yg lebih segalanya sb menganaiya sy selama ini. Iman sy tdk kuat akhirnya secara diam2 sy merosakkan kerja mereka..dan sekarang sy betol2 menyesal2..ape yg patut saya buat sb dosa mereka pda sy mumgkin sy boleh ampun dan risau mereka tidak ampun dosa2 saya, jika saya memberitahu mrk,lagipun buat niat sy, cuma sy tidak sedar dek cemburu, sy juga risau jika sy memberitahu mereka akan cop sy ni jahat, pdhal sy jahil masa 2, dan bertaubat..byk kali sy mohon keampunan kpd Allah, tetapi perasaan bersalah kerna buatan kianat sy akibat hasutan syaitan buat sy kianat kerja mereka tanpa sy sedari..apa harus lakukan..saya risau nanti Allah akan menhukum saya..adakah sudah memadai hanya bertaubat kpd Allah? dan patutkah juga sy memaafkn mereka?? iman sy tidak kua, mohon penjelas..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...

      jika sudah terlanjur menganiaya insan lain, tiada cara yang lebih baik selain kita memohon maaf dari insan itu. Cara memohon maaf adalah kita perlu telus dengan menyatakan apakah kesalahan yang telah kita lakukan. Rendah kan diri kita agar ikhlas meminta maaf. Sama ada mereka memaafkan atau tidak, itu adalah atas keperibadian insan tersebut. Berdoalah agar Allah melembutkan hatinya memaafkan anda. InsyaAllah...

      Delete
  5. Try la bc doa pelembut hati bg mereka yg tlh awk aniaya, pas 2 awk mta la maaf. Mana tau mreka dpt maafkn awk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... berdoa pada Allah agar dilembutkan hati insan yang telah kita aniaya agar memaafkan kesalahan kita dan ikhlas lah memohon kemaafan dari mereka.

      Delete
  6. Assalamualaikum..adik,akak minta izin copy hadis + certain2 part yer...? Terima kasih byk2... :)

    ReplyDelete
  7. Nak share jg tuan pya blog 🤓🤓

    ReplyDelete