Wednesday, May 23, 2012

Popia Daging

Asalnya nak buat samosa (bentuk sigitiga), tapi last2 lipat2 jadi popia... Saja nak habiskan daging cincang dalam peti ais.. Buat simple2 je... Hentam kromo... Jom layan resepi bergambar ni...

Bahan2 yang digunakan

2 biji bawang besar, cili hujau dicincang, bawang putih dicincang, halia ditumbuk lumat

Daun bay, jintan putih, jintan manis, serbuk lada hitam, serbuk kunyit. serbuk cili

daging cincang

kulit popiah

air kulit kayu manis + buah pegaga

kacang peas

kentang

So langkah2nye juga amat mudah. Terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya kena rebus then baru masak intinya dengan bahan2 yang lain. Ini untuk pastikan kentang dan kacang peas tadi tak mentah...

rebus kentang sehingga sedikit lembut

rebus sekali kacang peas

masukkan sedikit je garam

kemudian tus dan ketepikan dahulu

Then kita start pula untuk masak intinya, api jangan terlalu kuat kerana, bahan2 ni mudah hangus. So kita nak masak intinya perlahan2 agar semuanya masak sekata...

panaskan minyak

tumiskan daun bay

tumis sekali dengan jintan putih

dan sedikit jintan manis

sesudah keperangan, masukkan bawah besar

dan juga daging cincang

setelah daging berubah warna, masukkan bawang putih

masukkan halia

sedikit serbuk lada hitam

sedikit serbuk kunyit

sedikit serbuk cili

garam secukup rasa

cili hijau yang dicincang

dan sedikit air kulit kayu manis + buah pelaga

setelah sebati, masukkan kentang dan kacang peas yang direbus tadi

gaul dan masak hingga sebati
Then kita ketepikan dulu intinya untuk sejukkan ia sedikit sebelum mula proses membalut. kalau balut panas2 takut kulit popia tadi mudah terkoyak.


Sediakan kulit popiah, biar ia lembut dulu selepas keluar dari peti ais, puti telur untuk lekatkan kulit popiah

Letakkan intinya ditengah-tengah

Lipatkan agar menutup inti sepenuhnya

sapukan telur putih sedikit saja pada hujung segitiga tu dan gulung habis


siap yang sudah di bungkus dengan kulit popia

Tadaaa... Inilah hasilnya lepas digoreng...

Nak lebih sedap tambahkan carrot, sengkuang, dan daun ketumbar. Tapi since ni je bahan yang ada so kita buat jelah kan... Tapi kalo nak tambah yang lain2 pun boleh, ikut selera masing2 la...

P/S : Jom masak! ^__^

2 comments: