Friday, May 18, 2012

Oh Karipap

Sebenarnya tengah pening ni pikir nak buat karipap. Maklum la, org tak biasa buat tak pernah buat kuih karipap. Hohoho... Hari ni saja la nak google resepi2 karipap yang best2. Nanti ada masa nak try.

Since mula kawin, mmg inilah salah satu satu-satunya kuih yang paling Mr.H suka. Memang suka hingga dia boleh komen every kuih karipap yang kami makan. Yang mana sedap, yang mana tak sedap. Kadang2 aku rasa karipap ni sama je... Tapi for Mr.H it's not the same! Dia akan bezakan dari kulit karipap tu, adunan hinggalah intinya. Risau jugak ni nak buat. First time la katakan. Kalo tak sedap nnt mesti kena komen kaw kaw ni... Tapi aku tahu Mr.H selalunya dia takkan komen teruk.. Yelah.. isteri kan... Tak sedap pun kata sedap.. Hehehe...

Tapi kalo tak mula dari sekarang, sampai bila2 pun tak tahu buat karipap kan. Cuma yang paling aku takut, aku tak reti nak kelim tepi karipap tu guna tangan. Kalo pakai alat kelim tu senang kan... Tekan je dah siap... Tapi Mr.H request yang tradisional la... (kelim sendiri).. Adoi.. kalo buruk karipap tu nanti, sorry ye.. asalkan boleh makan, sudah lah... 

Belum buat lagi, dah ada list tau karipap inti apa, katanya : Inti daging, ayam, kentang, telur, sardin dan lain2 lagi.. Mmg yang superb buat karipap ni my mother in-law la. Tapi malu pulak nak tanya resepinya. Tapi kalo tak bertanya mana nak tahukan. So nanti first time nak cuba dulu resepi sendiri, then kalo masih kurang umphh kita dapatkan resepi turun temurun tu.. Hehehe... Ada juga frozen karipap yang jadi fav aku. Yang pertama yang mama aku selalu kirimkan dari kampung. memang sedap makcik tu buat kuih karipap ni. Kalo order mesti puluh2 atau seratus ketul. Lagi satu yang selalu kami beli frozen karipap dari batu pahat. Tapi tak ingat pulak nama dia.

sumber: mr google (tgk inti dia nampak sedap sekali)

sumber: mr google (yang belum goreng, cantik je kelim dia)

sumber: mr google (makan karipap sambil minum teh 'o' panas.. wow)

sumber: mr google (karipap pusing, mcm mana dia pusing pun tak tau la)
P/S : Lapar pulak bila tengok gambar2 karipap ni ^__^

No comments:

Post a Comment