Saturday, June 2, 2012

Aisyah: Keanggunan Sejati


My new reading item...

Hmmm... Meluangkan masa mencari buku bacaan di kedai buku dah menjadi hobi yang paling aku suka sekarang ni. Kadang2 boleh sampai 2 jam memilih buku mana yang hendak dibeli sebagai bahan bacaan.

Mata terpandang buku ini sambil meneliti sinopsisnya. Hati tiba2 rasa betul2 ingin memiliki buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan mendalami keperibadian Aisyah. "Aduhai Aisyah, lambang wanita yang unggul dan bijaksana. namun tetap anggun dengan kemanjaan dan kelembutan."



Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.


Antara kelebihan Aisyah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita adalah:

1. Beliau merupakan isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w selain Khadijah.

2. Rasulullah s.a.w mengahwini Aisyah berdasarkan wahyu daripada Allah. Sebelum berkahwin dengan Aisyah, Rasulullah bermimpi dua kali Malaikat Jibril membawa kain sutera kepada Rasulullah s.a.w. Apabila dibuka kain sutera tersebut, Rasulullah melihat wajah Aisyah pada kain sutera tersebut dan Malaikat Jibril berkata itulah gambaran bakal isteri Rasulullah s.a.w.

3. Wahyu pernah diturunkan kepada Rasulullah sewaktu baginda bersama dengan Aisyah tidak ketika baginda bersama dengan isteri yang lain.

4. Terdapat ayat al-Quran yang menceritakan kisah Aisyah yang difitnah oleh orang-orang munafik. Ayat al-Quran tersebut membersihkan nama Aisyah kembali. 


5. Rasulullah dimaqamkan di rumah Aisyah.

Ciri-ciri sifat Aisyah yang patut menjadi contoh semua wanita:

(1) Aisyah bersifat qanaah iaitu sifat redha dengan apa yang ada. Sifat qanaah dan wanita sebenarnya ibarat air dan minyak iaitu amat sukar untuk bercampur. Ini kerana naluri semulajadi wanita memang sukakan kecantikan dan kemewahan. Jikalau memakai baju, mahu memakai baju yang tercantik dan jikalau boleh menjadi perhatian semua orang. Begitu juga dengan perhiasan rumah, wanita suka menghias rumah dengan kadar yang berlebih-lebihan. Tetapi Aisyah tidak bersifat begitu. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, rumah Aisyah dan Rasulullah hanyalah sebesar bilik sahaja dan tiada tilam empuk sebagai lapik tidur mereka berdua. Namun, Aisyah tidak pernah meminta-minta daripada Rasulullah untuk kehidupan yang mewah.

(2) Aisyah merupakan seorang wanita yang amat bijak. Beliau dapat menghafal ayat-ayat al-Quran dengan cepat dan juga mengingati hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Hanya Aisyah seorang sahaja wanita di kalangan perawi-perawi hadis. Ini juga adalah hikmah di mana Allah mewahyukan Rasululah mengahwini Aisyah sewaktu Aisyah masih kecil iaitu 6 tahun dan Aisyah duduk bersama Rasullullah sejak dari umur 9 tahun. Sebagaimana yang kita maklum, keinginan untuk belajar dan akal yang cerdas adalah lebih di kalangan mereka yang masih muda berbanding orang yang sudah berusia. Oleh sebab itu, dibandingkan dengan isteri-isteri Rasulullah yang lain, Aisyah adalah yang palik bijak dan banyak menghafal hadis-hadis Nabi. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Aisyah menjadi sumber rujukan untuk penjelasan hadis-hadis Nabi dan al-Quran juga.

(3) Aisyah merupakan seorang wanita yang amat rajin bersedekah.

(4) Aisyah juga amat suka berpuasa.

(5) Aisyah juga seorang wanita yang bersemangat waja. Beliau boleh mengetuai pasukan semasa Perang Jamal berlaku.

P/S : Semoga keperibadian aisyah menyerap ke dalam diri ku dan diri semua wanita yang di muka bumi Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment