Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 2012

Baru saja berkesempatan untuk update blog dan juga FB. Manakan tidak, agak sibuk dengan sambutan aidilfitri kali ini. Saudara mara datang berkunjung tanpa henti. 

Alhamdulillah, masa2 begini la dapat berjumpa dgn sanak saudara yang jarang bersua. Cuma kali ini masa agak terhad gara2 cuti yang tidak panjang. Rushing dr KL-Perak-KL-Johor-KL. Fuhh!!! Memang extream. Namun alhamdulillah juga sebab perjalanan kali ini sangat2 lancar tan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. 

Bila balik ke Perak, memang menjadi satu kemestian, tiap2 tahun we all akan bakar lemang sendiri. Dan kali ini lemangnya mmg sangat2 superb! Sebab pakai santan dari pokok kelapa pandan depan rumah. Perah sendiri santan tu. And as usual terdapat lemang biasa dan my fav lemang jagung. Tak lupa juga daging salai yang mmg sedap. Mama buat masak lemak daging salai... Yummy!!!

Abah yang sedang menyusung btang lemang

Dah hampir nak siap dah ni

Daging yang disalai

Bau asap dr arang yang buat dging salai ni super SEDAP!!!

Macam biasa jugalah yang paling ceria tiap2 tahun mestilah kanak2 ribena dalam keluarga kami. Memang sepakat sepupu sepapat ni bersama. This year mereka bertiga and insyaAllah tahun depan bertambah lagilah ahli keluarga kami... AMIN...

siap sedia nak pergi sembahyang raya di surau

ikut atok pergi dulu ke surau

izzah n abg azam

atok dengan cucu cucu nya

Raya di Perak dan Johor memang banyak perbezaan, tapi kedua-duanya memang meriah. Dan Azam la yang paling seronok. Hopefully next year dapat cuti yang lebih panjang agar dapat lebih lama bersama keluarga di kedua-dua belah.  

Our One Big Happy Family
 P/S : Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin ^__^

No comments:

Post a Comment