Tuesday, September 25, 2012

Kebas Tangan Semasa Hamil : Carpal Tunnel Syndrome

Lately ni tidur malam memang tak berapa nak lena. Tangan asyik rasa kebas2 dan menyucuk2. Ingatkan biasa-biasa aje masa mengandung ni kut. Tapi semalam (isnin) mmg sampai bengkak tangan, kebas dan sakit. Pergi klinik doc kata mungkin kena "carpal tunnel syndrome"...

Salah seorang opismate mmg pernah kena sakit ni lebih kurang 4 months ago. Tapi doc dia kata sebab terlalu banyak guna jari or tangan seperti menaip or main games. Hehehe Tapi aku takde la kerap sangat guna komputer melainkan buat kerja di opis (8jam sehari dpn komputer) ^__^!!!

Doc aku kata wanita mengandung juga boleh kena symptom2 ni. Doc bagi ubat saraf, tapi aku tak makan pun sbb takut la nak makan ubat bnyk2. Aku just makan tambahan kalsium + ubat sapu. Hopefully lepas ni lega la sikit.

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome?

Ibu mengandung kerap mengalami kebas dan sakit di tangan, tanda2 ini mungkin disebabkan oleh  "carpal tunnel syndrome". Syndrome ini selalu dikaitkan dgn mereka yang pekerjaannya byk menggunakan tgn seperti kerani yang menaip tetapi kerap juga berlaku pada ibu mengandung

Simptom2 termasuk kebas, rasa mencucuk2, pedih, sakit di jari, tangan, pergelangan tangan dan lebih teruk hingga boleh menyebabkan tgn lemah, tak mampu nak pegang brg atau brg terlepas dr tgn..

Kebiasaannya kedua2 belah tgn akan mengalami simptom ini dan boleh terjadi pada bila2 masa sepanjang kehamilan tetapi selalunya bermula atau semakin teruk pada separuh kedua kehamilan kerana pada masa itu ibu hamil banyak menampung air dalam badan.

Apa kaitan banyak kandungan air dengan carpal tunnel syndrome?

 

Carpal tunnel adalah seperti terowong di pergelangan tangan yang terdiri dari carpal bones dan ligament. Air yang berlebih dalam badan ketika mengandung menyebabkan tekanan meningkat dalam ruang yang sempit dan menyebabkan median nerve di tekan.

Median nerve memberi deria rasa kepada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan separuh jari manis dan membolehkan pergerakan otot di ibu jari.. apabila nerve ini ditekan maka terjadilah simptom2 yang dinyatakan di atas.

Apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan rasa sakit?

Pertama, kurangkan pergerakan tangan yang berulang kali atau mengangkat brg berat.

Kedua, jika bekerja dengan computer, pastikan pergelangan tgn tidak bengkok ketika menaip dan gunakan keyboard yang ergonomic. Rehat sekali sekala dan buat stretching

Ketiga, waktu malam pula, boleh letak tangan di atas bantal dan jgn tidur di atas tgn. Anda juga boleh menggunakan night splint supaya pergelangan tgn tegak dan dpt mengurangkan sakit.


P/S : Cabaran dan dugaan buat aku lebih tabah dan cekal ^__^
sumber : naturehealth

No comments:

Post a Comment