Saturday, September 22, 2012

Carta Pergerakan Baby

Ha, ni la nak sok sek sok sek pasal carta gerakan baby ni. Last week pergi checkup dah masuk 30 minggu dah pregnancy. Kata misi (nurse) tu dah kena start tanda gerakan baby...

Misi : Puan kena mula tanda ye gerakan baby
Aku : OK
Misi : Ingat lagi tak nak tanda ni?
Aku : Rasa2 macam dah tak ingat (yelah mana nak ingat, last mengandung pun 4 tahun lepas daa)
Misi : Takpe saya terangkan balik
Aku : OK
Misi : Mula kira dari jam 9.00 pagi sampai 9.00 malam. Dalam tempoh 12 jam ni, sekurang2nya mesti 10 kali gerakan. So puan tgk dalam setiap setengah jam dia ada gerak tak. Kalau dia gerak tanda sebagai 1 tick. (aku angguk je la...)
Aku : lepas tu nak buat apa lagi?
Misi : lepas cukup 10 gerakan, tuliskan pukul berapa gerakan terakhir tu (aku angguk2 lagi...)
Aku : OK saya cuba. Nanti kalau tak betul saya tanya balik.
Misi : No problem.

Ni la rupanya carta gerakan baby tu
Carta ni aku buat sendiri sebab carta dalam buku pink tu sangat2 halus dan susah la aku nak tulis (dah la tulisan aku besar2). So aku pun tanda la mengikut pemahaman aku. Lagi 2 minggu misi tu akan check la betul ke tak... hehehe

P/S : Makin perut besar, makin terasa gerakan baby... AllahuAkbar... AllahuAkbar... AllahuAkbar...  ^__^

No comments:

Post a Comment