Monday, September 17, 2012

DIY : Barut Bayi + Mesin Jahit Portable

Alhamdulillah, sementara tunggu mesin jahit singer di hantar repair, aku bertekad pergi beli juga mesin jahit portable ni. Kecik je saiznya dan teramat lah ringan. Bagi yang dah biasa guna mesin jahit yang besar dan berat tu mmg rasa mesin ni mcm mesin mainan je... 

Tapi disebabkan taknak membantutkan semangat untuk menjahit yang datang secara tiba2 ni... So belikan jugak la. Harga pun boleh la tahan... Masa google2 tadi mmg banyak brand yang ada di internet tapi dekat Tesco hanya ada satu brand ni je "GLOBAL". 

Global Sewing Machine

All the function

Accessories

It's Mine (Hehehe)
So lepas bawak balik terus test machine nak tgk mcm mana. So far nampak ok la.. Cuma kena la adjust ikut keselesaan sendiri kan. Nasib baik dekat rumah mmg ada adapter and suitable utk machine ni sbb machine ni takde adapter. Yang ada macam yang tertulis dkt senarai accessories tu je la. Tapi kalau sesiapa yang takde adapter, boleh jugak pakai bateri.

Pic bawah ni (barut ABC Hijau) tu beli dekat kedai baby. Yang biru tu yang aku jahit sendiri tadi la... Hehehe menjadi juga dan sangat puas hati. Mungkin beza dari segi material sebab barut hijau tu kainnya agak nipis dan keras. Dan sekeliling baru tu ada jahit tepi yang agak keras so takut baby kurang selesa. Untuk barut yang aku jahit sendiri ni... aku jahit biasa je sekelilingnya dengan benang dan kain flannel cotton mmg sangat2 lembut.


Comparison antara barut beli (hijau) dengan barut jahit sendiri (biru)

Sangat2 teruja dengan barut baby ni...

So ni tutorial simple yang aku nak sharekan pada semua newbies macam aku jugak la dalam bidang jahitan ni. Tak kisah la cantik ke tak, yang penting keinginan nak mencuba dan belajar. Lama2 nanti insyaAllah pasti menjadi. Tapi terus terang bagi pendapat aku, tak la sesusah mana pun. 


1) Bahan yang digunakan hanyalah kain putih cotton dari jenis yang lembut sikit atau kain flannel. Selain tu, beli tali putih yang dah siap tuh.. tali tu pun aku tak pasti namanya sebab bila tanya kat kedai kain dia pun tak paham. Tapi kalo tanya kat kedai jahit or kedai bunga mmg ada.

2) Mula² potong kain mengikut saiz di bawah. lebihkan sikit untuk jahitan. Garisan di tengah tu ada lipatan. Maknanya barut tu nanti dua lapisan kain ler..


3) Kemudian gunakan ukuran di bawah. Buat satu garisan semi bulatan dan potong mengikut bentuk yang sesuai. Kenapa bahagian ini dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan terlalu panjang pada bahagian belakang yang boleh menyebabkan terkena najis. Tapi untuk first trial ni aku tak buat pun semi bulatan tu sebab nak cuba yang basic design dulu. Lepas ni baru nak buat yang ikut lakaran ni. And kalau baby besar >3kg, panjangkan lebar ke 18'



4) Sekiranya dibuka, kain yang telah digunting akan berbentuk seperti di bawah.



5) Untuk tali barut, potong tali siap di kedai mengikut kepanjangan di bawah. Gunakan 6 untuk setiap barut. Ataupun kalau nak mudah lagi, aku potong 3 je tapi lebihkan dalam 2.5' kanan dan kiri. Maknanya panjang satu tali dalam 15'+2.5'+2.5' = 20'



6) Pada bahagian luar, jahit tali mengikut ukuran. Jahit hanya pada satu bahagian kain. Ini untuk mengelakkan jahitan terkena kulit bayi yang sensitif.




7) Jahit kain dan dari bahagian dalam, jahit bahagian tepi barut, kecuali satu bahagian untuk menterbalikkan kain.

8) Terbalikkan kain dan iron untuk memberi kekemasan sebelum menjahit satu lagi bahagian yang terbuka dari luar. Lengkaplah proses membuat barut.

9) Basuh dengan cecair pencuci yang sesuai sebelum dipakaiankan kepada bayi anda.



Senangkan ? So selamat mencuba juga...


P/S : Tali barut tu hendaklah dijarakkan agar bila bayi di barut ikatannya kemas dan tak berlipat ^__^




4 comments:

  1. imma.. nak tnyla imma nye adapter tu mana imma dapat ye???

    ReplyDelete
  2. reesa affreena, adapter tu boleh beli dkt mana2 kedai elektrik atau kedai computer. just make sure output dia sama dengan mc spec (DC 6V)

    ReplyDelete
  3. terima kasih share informasj berguna ni.

    -Ruby.MY-

    ReplyDelete