Friday, October 26, 2012

Lontong Oh Lontong : Salam Aidil Adha 2012

Petang2 aidil adha ni tetiba je rasa nak blogging la pulak kan... Hmmm... tapi sebelum tu nak cite la pasal perjalanan malam tadi. Bertolak dr rumah selepas maghrib dan sampai di BP jam 11.30 malam... Fuhh... kebas terus kaki n pinggang aku... Maklum la, perjalanan yang biasanya hanya 2 jam setengah jadi almost 4 jam. Tapi walaupun begitu alhamdulillah, trafic masih lagi lancar. Ada la a few accident tapi tak la teruk sgt. Maybe sebab keperihatinan rakyat malaysia ni yang suka perlahan kan kenderaan nak tgk (mcm tak pernah tgk). Bukan kata kenderaan kat lane terbabit je, lane sebelah pun sama prihatin nak tgk jugak. Then dengan keadaan hujan renyai dan jalan yang basah, biasa la aku membebel kat tempat duduk belakang ingatkan Mr H, jgn bawak kereta laju2 sangat... (hehehe) Belum campur lagi kes2 yang pemandunya perasan kereta dia kereta "mewah or kebal" yang dibawa dengan slow di lane paling laju? Apa kes??? Adoi...

Tapi rasanya semalam kenderaan menuju ke selatan mmg banyak melampau! Tak putus2 sepanjang highway. Kenapa ek? Entah la... Dan kenderaan dr arah JB ke KL juga banyak. mmg terang benderang la highway kedua2 hala dengan cahaya lampu kenderaan (aku tak suka org yang suka pasang lampu putih) yang terang benderang. 

Sampai2 je mcm nak pengsan menahan rasa sakit belakang. Lepas bersihkan diri n layan kan little prince sorang tu, terus pengsan (tido la) sampai ke pagi. Bangun pagi mmg start rasa sakit belakang n nak jalan pun susah. Kaki teramat la bengkaknya... Kata mak mertuaku "Mak rasa dah tak lama dah ni, dalam seminggu dua je lagi". Ha.. tu la, gamble berani nak balik jauh2 disaat akhir ni.. hehehe... tawakal je la...



Berbalik pada sambutan Aidil Adha, mmg BEST la jugak sebab dapat makan lontong Johor. Tapi bila menunya semua lontong "hmmm" mmg sampai tak boleh nak tgk dah... Mmg amalan kat sini ada "berkat". Yang mana jiran tetangga dan saudara mara yang ziarah akan bawa "berkat", Dulu aku pun tak tahu apa itu berkat???!!! Kalo nak bagi bahasa yang mudah faham, "berkat" ni lebih kurang macam mangkuk tingkat la... hehehe maksudnya dia hantar set lengkap makanan. Tapi mungkin sebab kat sini menu utamanya lontong ngan kuah lodeh.. so semua "berkat" pun adalah lontong+kuah lodeh+ayam kicap+kuah kacang. Yang bezanya mungkin cara masak dan rasa. Tapi tekak aku tak boleh nak masuk sangat kecuali yang mak mertua ku masak la... 

Little prince Azam mmg sangat2 suka lontong + kuah lodeh. Dari pagi sarapan lontong, makan tengah hari pun lontong lagi... Samapai ke malam pun lontong lagi...  Hmmm... Mmg betul la Mr H letak namanya Iskandar (bersempena semangat negeri Johor). Apa2 la sayang...

So kali ni balik mmg kurang berjalan sebab rasanya dah tak larat nak bawa diri ni menjelajah merata BP walaupun hasrat hati bnyk tempat nak pergi especially tempat fav aku kat Air Hitam yang jual kraf2 dan perhiasan dalamam rumah. Takpe.. lain kali kita pergi ye...

P/S : Salam Aidil Adha buat semua, Pasti bnyk pengalaman menarik juga utk dikongsi bersama ^__^

2 comments:

  1. Sedapnya kan Imma..makanan johor mmg sedap sedap belaka..Proud to be part of Johorian kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah la aja, makanan johor mmg sedap2... kalau makan lontong n kuah lodeh kat tempat lain, mmg teringat lontong johor la especially kuah kacangnya dengan ayam kicap!! YES aja, PROUD to be a part of JOHORIAN... hehehe...

      Delete