Saturday, October 20, 2012

Majlis Konvokesyen UKM : Congrats Mr H


I's been a really fun and challenging 2 years since Mr H started his Master. Pejam celik je dah habis dah. Masa mula2 dulu mmg agak struggle jugak sbb both if us kena bekorban. Aku yang decide berhenti kerja masa Mr H mula2 sambung belajar dulu sebab nak jaga Azam full time and jadi pemandu setia utk Mr H.

Parking di UKM mmg amat terhad. Salah parking je kena saman RM50. So kalau hari kena saman, mmg parah la. Ada jugak kawan2 Mr H yang almost everyday kena saman. Fuh!!! Banyak betul masa pak guard dan mak guard UKM ni nak merondakan...

So dari Azam baby, sampai dah start jalan... aku usung la dia naik kereta duk dalam car seat hantar ayahnye ke fakulti. Tapi seronok jugak la sebab takde la duk rumah je kan... Masa malam juga paling banyak kena tolak ansur sebab Azam selalu nak tidur dgn Mr H sambil nak pipuk - (pipuk = tepuk sambil dodoi zikir).

Malam la Mr H nak buat tugasan, assignment n kadang kala sampai 3,4 pagi pun belum tentu siap. Tapi selalunya Mr H akan tidurkan azam dan dengan Mr H sekali tertidur. Then ibu kena kejut Mr H untuk dia sambung buat assignment.

Sekarang Mr H dah habis belajar, terasa rindu pulak kenangan dulu sebab banyak masa lapang dan selalu pergi shopping, jalan2 dan bercuti. Tapi semua tu mmg satu pengalaman yang mmg BEST! Dan sekarang Mr H kata tiba giliran ibu pulak untuk sambung... Hmmm... macam mana pulak la situasinya nntkan sebab dah ada dua cahaya mata. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada la... Kalau tak, cukup la ibu sebagai pemberi semangat pada Mr H dan anak2 menjadi insan yang cemerlang dan berjaya...

P/S : Congrats to you my beloved. Pengalaman itu akan mendewasakan kita... ^__^

No comments:

Post a Comment