Sunday, October 14, 2012

Tanda-tanda awal hampir bersalin


Ha... post ni buat suspen ke? Takde la... Cuma lately ni rasa sakit2 lain mcm sikit. Hmm.. dalam hati ni terpikir jugak.. "dah nak bersalin ke ni...? " Maklum la, anak pertama dulu kena induce (dipaksa bersalin). So tak tahu rasa naturalnya macam mana...? 

Googling2 surf the net cari info...

1. Bayi Turun Ke Bawah



Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (mmg semakin kerap dah ni)
  • sakit perut, memulas (ni kadang2 je)
  • kerap buang air besar (ni pun semakin kerap)
  • kerap terkentut (selalu jugak... hehehe)
  • keluar lendir pekat/berdarah (belum lagi)

2. Keluar lendir pekat atau berdarah

  • lendir pekat (dah ada sikit la)
  • lendir berdarah (belum lagi)


3. Rahim mula menipis

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

(ni kena check doktor la baru tahu rahim mula menipis ke tak...)


4. Sakit Belakang

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. 
Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

(sakit belakang memang agak extream la skrg ni... kalau dah baring, rasanya taknak bangun2 lagi... nak ubah kedudukan berbaring juga sangat2 sakit sekarang ni...)

5. Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.



so far tanda2 extreme tu takde la lagi... cuma khuatir juga dan perlu lebih berhati2 dan bersiap sedia...

P/S : Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku ^__^


2 comments: