Monday, November 5, 2012

Banjir Oh Banjir : Bhgn 2


Terpaksa EL (Emergency Leave) sebab tadika Azam tutup. Air baru mula surut n sesi pembersihan sibuk dijalankan. Bomba masih lagi jaga lalulintas sebab banyak taman yang airnya belum surut. Kereta tow truck berderet2 lalu depan rumah. Then bawak Azam tgk tadika dia dr jauh je la pagi tadi, sebab kereta masih tak boleh lalu...

Ibu : Azam nak pergi tadika tak?
Azam : Macam mana nak pergi tadika... b anjir...
Ibu : Kenapa tadika Azam banjir?
Azam : Hujan turun dari atas, pastu pergi kat bawah situ je... (tunjuk tempat air banjir tu)
Ibu : Takpe la, Azam tolong la teacher kemas. ibu kena pergi kerja.
Azam : Tak boleh... mcm mana Azam nak tido atas air pulak nanti?
Ibu : Yelah tu...
Azam : Habis la tadika Azam tutup (sambil tepuk dahi tapi senyum2)

^__^!!!


Pagi ni tgk dalam berita dan surat khabar semua cerita pasal banjir teruk... Mmg famous sekejap kawasan perumahan kami... Kalau nak baca , klik je kat sini...

Banjir 1

Banjir 2

P/S : Semuanya ujian dari Allah, kena lah kita bersabar menempuhinya...

No comments:

Post a Comment