Sunday, November 4, 2012

Banjir Oh Banjir

Macam tak sangka pulak nak tulis blog hari ni. Kisahnya pasal banjir. Mr H beli rumah ni dah almost 6 years, tiba2 kali ni pulak air naik di kawasan kami. Aduh... berdebar2 tunggu air surut...

Kisahnya jam 5 pagi tadi dengar bunyi siren kuat dpn rumah, intai2 ikut tingkap tgk ada few kereta parking dpn rumah, dengan kereta polis dan kenderaan JPA. Siren dan lampu2 merelip2 la kat luar. kejut Mr H bangun. Ingatkan  ada kes pecah masuk rumah ke apa. Sekali nampak kereta bomba lalu. ish.. terpikir pulak ada kebakaran ke. Dengan Azam2 terjaga makibat bunyi siren yang terlalu kuat. Pastu dengar la JPA buat announcement "Semua penghuni rumah, ini adalah amaran banjir..." Ha??? Banjir? Rasanya malam tadi hujan lebat takde la lama sangat dekat sini. So keluar je rumah tgk jiran2 pun semua bergegas keluar. tgk taman belakang sekali air dah naik paras lutut. "Allahuakabar!!!" Mula la berdebar ni pikir mcm mana nak selamatkan perabot2 dan barang2 rumah dari rosakkan. Tapi masih tenang2 lagi sebab air baru takat buku lali je kat luar pagar kami. 

Bomba menuju ke perumahan belakang sebab air dah sampai paras dada. few bot penyelamat dah start ambil mangsa yang terperangkap

Air makin naik, semua sibuk hantar kereta ke tempat lebih tinggi

Then lepas subuh terlelap sekejap. Sekali little prince kejut ibu, "Ibu air dah sampai kat rumah kita". ibu tgk kut tingkap.. Alamak, dah sampai depan pagar ni. Jiran sebelah pulak semua dah start kereta pindahkan kereta ke tempat tinggi. Aku n Mr H, siap2 la bawak 2 kereta kami keluar. Then balik jalan kaki harung air yang makin naik sampai ke betis. Nasib air belum sampai masuk dalam rumah lagi ni. Dengan perut menongkat langit, perlahan2 la aku redah air tu. Little prince mmg suka sangat la. Tapi aku tak bagi la dia main air. Kotor la...

Mr H n Little Prince Azam siap sedia meredah banjir

Air yang semakin naik :(

Air longkang pun dah melimpah-limpah

Pastu balik rumah siap2 la kemas sikit2 mana yang perlu. Lipat semua tikar n mana yang boleh bawak naik tingkat atas tu, naikkan dulu la. Tapi rasanya peti ais, mesin basuh, meja makan, katil bilik bawah, almari n sofa tu tak daya la ngankut pulak kan... 3 buah rumah hujung air mmg dah masuk dalam rumah sampai paras lutut. Kesian tgk keadaan dia. Alhamdulillah rumah kami belum, tapi harap2nya air tak masuk sampai dalam la... 

Little Prince pindahkan semua barangan kesayangannya atas sofa ibu ^__^!!!

Berdoa agar hujan tak turun lagi hari ni sebab rasanya kalau hujan masih turun, mmg comfirm air sampai dalam rumah. Tadi masa hantar kereta ke tempat tinggi tgk kawasan taman kami mmg macam dah terkepung la. Kiri kanan depan belakang semua air naik tinggi. Taman perumahan belakang air sekarang dah sampai ke dada. Banyak kereta yang tenggelam sebab tak sempat nak selamatkan. Maybe sebab taman belakan paling hampir dengan sungai dan empangan n kejadian mula start kul 3-5 pagi... 

P/S : Semoga Allah lindungi kami dari semua malapetaka ini...

2 comments:

  1. ya Allah siannya Imma dah la tgh pregnant..moga Imma sefamily selamat dan rumah beransur ok ye...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah aja, semua selamat.. Nasib baik semalam masa banjir tu, mereka cepat2 juga korek longkang2 yang tersumbat cepatkan air turun, kalau tidak mmg lagi teruk sebab seharian sampai ke malam hujan masih turun lagi. Alhamdulillah kawasan kami hanya terkepung je, tapi kawasan lain tenggelam. Air naik sampai paras dada. Kereta n rumah semua habis...

    ReplyDelete