Thursday, November 1, 2012

Online Shopping : Set Bersalin Tanamera



Setelah meng"google dan kongsi experience dengan kawan2 ttg set bersalin, kali ni aku nekad cuba set Tanamera sebab tgk ianya 100% semulajadi dan takde pil2 yang nak kena telan... Wow... Memang betul2 cepat penghantaran oleh Tropical Secret Sdn Bhd untuk set bersalin Tanamera. Yelah compare dengan last online shoppping hari tu dekat post "buku untuk little prince" tu kan... hehehe

Yang ni kalo lambat mmg aku kena follow up la sebab setnya agak mahal jugak. Mmg betul2 ambil risk beli online sebab tgk kat web tak dapat nak beli kat tmpat lain melainkan pergi sendiri ke company dia kat area Subang. Dengan keadaan skrg ni, mmg tak daya la nak berjalan sana sini lagi. So beli online set lengkap bersalin dengan harga RM390.

Seronoknya received box ni
Apa yang tak berapa nak best adalah khidmat penghantarannya oleh Skynet. Mana tidaknya 2 hari dia dtg rumah tak calling2 dulu. Pastu tinggalkan notis aje. Hmm last2 Mr H call Skynet tanya nak amik kat opis diorang je la. Nasib ada dekat2 area sepang. Kalo tak berkurun la jawabnya...

Nice ^__^  Tanamera Postnatal Care Set

Ada buku rujukan sekali...

Bengkung pun included

Barang2 lain untuk penjagaan dalam pantang nanti ^__^
Apa yang ada dalam set ni? Semuanya ada 12 barang sebab tu harga dia RM390. Set biasa ada 11 barang harga RM360. Bezanya set ni lebih satu Cold Pressed Virgin Coconut Oil tu je.


  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml) X 2 bottle
  • Feminine Herbal Wash (10gm x 14 sachets)
  • Herbal Bath (10gm x 14 sachets)
  • Herbal Massage Oil (100ml)
  • Firming Herbal Blend Paste (15gm x 14 sachets)
  • Bengkung / Abdominal Wrap
  • Herbal Tea (2gm x 14 sachets)
  • Calming Herbal Blend Paste (3gm x 4 sachets)
  • Boreh Body Scrub (20gm x 4 sachets)
  • Brown Formulation Soap (125gm)
  • Lavender Floral Water (70ml)


  • Nak tahu lebih banyak lagi boleh la singgah laman web Tanamera or like FB Tanamera. Banyak gak la info and penerangan bahan2 serta testimoni2 yang berjaya buat aku nekad beli set ni walaupun agak mahal. 

    P/S : Hmmm hopefully berkesan! ^__^

    No comments:

    Post a Comment