Tuesday, January 1, 2013

Aktiviti Little Prince di Kampung Halaman

Berpantang kali ni memang sangat2 berbeza. kalau anak pertama tu kita just uruskan diri dan baby saja. Tapi bila masuk yang kedua ni... memang agak mencabar juga sebab nak uruskan diri, baby dan juga si abangnya.


Masa mula2 berpantang tak terasa sangat sebab first 3 weeks tu ada bibik yang membantu, then Azam juga dihantar ke "nursery sementara" bersama sepupunya Muaz & Izzah. Petang baru balik. Then lepas sepupunya dah balik ke KL (sebab kakak ipar dah abis pantang), dia taknak pergi sebab dah takde geng.



Di rumah dia tak banyak mengacau adik pun. cuma sesekali dia nak cium la, nak peluk la, tapi maybe sebab kanak2 ni tak dapat nak control pergerakan mereka (dicampur dgn perasaan geram agaknya) so kdg2 terkuat la pegang adik. Dan yang memang susah nak control adalah volume suara. Walau macam mana ditegur pun tetap sama je. Nak marah pun tak guna sebab mmg lumrah kanak2 bermain, bergelak ketawa.. Memang kadang2 tu penat n stress juga, tapi semua ni kan memang proses kita memiliki dan membesarkan anak2 kurnian Allah S.W.T



So ada jugak la aktiviti2 yang di buat bersama atoknya. Naik motor round satu kampung, ikut atok n opah pergi jalan-jalan n pergi shopping, brekfast kat kedai roti canai dan macam2 lagi...




mula-mula isikan air dalam bekas siraman

menyiram pokok opahnya

seronok sangat dapat buat aktiviti luar ye

azam tanya : kenapa pokok ni takde bunga pun

smile for the camera

rajinnya dia...

finally inilah yg ditunggu2 sebenarnya...

atok bg mandi dlm baldi besar

p/s : have a great day my prince ^__^


Thank you for reading this entry...

No comments:

Post a Comment