Thursday, January 24, 2013

Almond Choc' Chip Cup Cake

Haa... best tak nama cup cake ni... Simple je utk first trial... 

Bahan2nya :

2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh garam halus(digaul dan diayak)*
150 ml minyak sayuran 

1 1/3 cawan gula halus*
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar/air
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan coklat chip
1/2 cawan badam hancur (digaul rata)

Cara2nya :



1. Pecahkan telur dalam mangkuk (since aku guna telur saiz kecil, aku guna 6 biji...)


2. Masukkan air/susu (tak sempat cari susu, aku gantikan dgn air je...)

3. Masukkan minyak sayuran ke dalam mangkuk sekali (kalo nak pakai butter pun boleh)




4. Masukkan bahan2 bertanda * dan pukul dengan kelajuan sederhana...

5. Masukkan badam cincang...

6. Masukkan Choclate Chip ( aku letak banyak... :P )

7. Gaul dengan senduk kayu hingga sebati...


8. Masukkan adunan tadi dalam cawan kertas


9. Taburkan lagi choclate chip

10. Lebihan adunan aku tuang dalam aluminium foil je sebab cawan kertas dah abis...


11. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 25minit...

12. Inilah hasilnya...

13. Yang dalam aluminium foil td tambahkan masa 5 minit lagi iaitu 30 minit dgn suhu 180'C

14. Yeay... yummylicious...

Dapat banyak juga (20 cawan cup cake + 2 kek aluminium foil).

P/S : Berbaloi beli oven masa sale ni... hehehe ^__^!!!

No comments:

Post a Comment