Wednesday, January 9, 2013

Bersalin Normal VS Bersalin Secara Pembedahan (CESAREAN)

Just end a conversation with my long lasting frenz yang dah lama tak bersua. Dia sedang sarat mengandung dan telah diberi tarikh untuk bersalin secara czer (cesarean ). Bukan tak mahu bersalin normal tapi kerana kedudukan baby yang melintang (songsang), jadi tiada pilihan lain. Memandangkan aku juga bersalin czer untuk putera kedua ku ini, dia minta pendapat aku dan minta aku kongsikan pengalaman.






Rasanya ramai yang biasa mengalami bersalin secara normal. Namun makin lama makin ramai juga yang memilih bersalin secara czer. Ada yang kata sebab nak jaga miss-v agar sentiasa dalam keadaan baik atau yang takut kena jahit jika miss-v tu terkoyak semasa process kelahiran. Ini pandangan aku tentang kedua2 process kelahiran (sbb dah merasai kedua2nya sekali).

Bersalin secara normal : Sakitnya hanya semasa process kelahiran. Penjagaan semasa dalam tempoh berpantang juga amat mudah kerana tiada bahagian lain yang terasa sakit dan pergerakan juga mudah terutama ketika mahu menyusukan baby.

Bersalin secara czer : Tidak sakit semasa process kelahiran kerana kebiasaannya akan diberikan epidural ataupun bius sepenuhnya. Namun penjagaan dalam tempoh berpantang adalah sangat perit dan memerlukan penjagaan yang rapi. Untuk menyusukan baby juga memerlukan kaedah yang betul agar tidak memberi tekanan kepada tempat jahitan. Luka jahitan juga perlu sentiasa dipastikan kering agar tiada berlaku jangkitan atau masalah "jahitan terbuka"...

Next post, nnt aku kongsikan tips penjagaan luka jahitan. Memang betul2 berkesan dan banyak membantu aku melalui proses berpantang tempoh hari...

P/S : See ya ^__^!!!

Thank you for reading this entry...



No comments:

Post a Comment