Tuesday, January 15, 2013

Setia Hujung Nyawa

Lepas satu, satu novel yang diadaptasi ke drama tv. dan kebanyakannya punya jalan cerita yang menarik. Actually bila baca novel tu mmg la feelkan, tapi bila dilakokan oleh pelakon yang sesuai, mmg lagi BEST!



So kali ni dah sangkut pulak dengan drama tv-novel ni : Setia Hujung Nyawa... yang gantikan last drama Cinta Itu Milikku. Dilakokan oleh Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tulisan Fatin Nabila. Maybe sebab tiba2 je drama ni meletop, ramai la yang cari novelnya di pasaran. Then apa yang jadi? Asal pergi kedai buku je, HABIS! pergi kedai lain pun, HABIS!!! dah habis satu ipoh ni aku round... HABIS!!!!!!!!!!!



So lepas balik ke KL, last week baru berkesempatan out for shopping dengan Mr H dan anak2 kecilku ke IOI Mall (bak kata Azam OIOI Mall). Hehehe Finally pergi ke kedai buku Popular kat tingkat 3 (kalo tak silap). Cari2 kat bahagian Malay Novel , takde... aduhai... Then panggil la adik2 yang jaga dalam kedai buku tu... Baru je aku tanya " dik, ada tak novel Setia Hujung Nyawa? " dia terus je jawab, "oo yang tengah tayang kat tv tu kan? semua kat bahagian hot seller kat depan tu? tinggal beberapa buah je lagi..." Aku pun cakap "thanks" je la sebab nak cepat2 cari buku tu. Dan alhamdulillah it's the last 4 books yang tinggal. Nasib baik sempat... Then grab jugak la another one more novel Adam Dan Hawa tu. Even dah pernah baca novel tu dulu masa belajar di universiti. Saja je la, just for my collection...

Nah sinopsis drama novel ni:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidang terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

P/S : Cepat2 ke kedai buku bagi all my frenz yang nak cari novel ni.. Kata adik tu insyaAllah akan ada restock. No worries ok... ^__^!!!

Thank you for reading this entry...

No comments:

Post a Comment