Tuesday, February 19, 2013

Baby Demam : Lung Infection

Kasihan anak ibu, antibodi nya masih belum kuat untuk melawan kuman... Mula2nya ibu yang batuk dan demam... berjangkit pula pada baby Ihsan... Bila demam baby Ihsan dan kurang dia start selesema dan batuk2. Mula2 ibu pikir takpe la sikit je... tapi bila dah melarat 3,4 hari... risau jugak and decided bawak baby ihsan ke klinik kesihatan untuk cucuk 3 bulan dan check doc sekali. As everybody know.. maybe polisi klinik kesihatan (KK) ni memang susah betul nak bagi ubat pada baby, even baby tu batuk non stop depan doc. Katanya "saya bagi ubat titis hidung je dulu dan puan tepuk2 belakang baby bila dia batuk" ... Jawapan aku "saya dah tepuk2, tapi masih tak keluar juga kahaknya... hidungnya pun saya sedut dengan mulut sebab kasihan tengok dia susah nak bernafas... " dan doc tetap kata it just a normal cough for baby... doc suruh balik rumah dulu dan pantau keadaan baby semula... aku akur je la...

Then last night tengok baby ihsan makin kuat batuk n nafasnya juga makin kencang. As a mother pasti aku dapat rasa sama ada baby ihsan sihat ataupun tidak. Dan naluri aku kuat mengatakan it's a INFECTION!!! Rasanya aku ni dah lebih tahu sebab simptomnya sama masa Azam kena jangkitan kuman dulu2. Hari ni pergi semula ke KK berjumpa doc kerana untuk refer ke hospital perlu ada surat rujukan. Pertemuan semula dengan doc di KK : katanya ada bunyi sedikit di paru2. Dan doc juga minta maaf dr aku sebab semalam tak check properly. Kata doc "maybe naluri seorang ibu tu lebih tepat"... Hmm entah la doc, aku malas nak argue masa2 cam gini... so aku just senyum je la...

menunggu giliran di Emergency Room selepas buat ujian darah dan  x-ray... kasihan tangannya kedua-dua belah kena cucuk untuk ambil darah

Dengan surat rujukan yang dibekalkan oleh doc KK, aku terus ke kaunter pendaftaran di Hospital Putrajaya. Dari situ aku terus disuruh bawa baby ke Emergency Department (ED). Alhamdulillah, maybe sebab tak ramai orang di ED dan kes ni melibatkan baby, kami dipanggil dengan segera ke bilik doc. Setelah diperiksa, doc suruh buat ujian darah dan juga X-Ray. Resultnya??? Ya Allah.. Memang betul kena infection. X-ray tadi menunjukkan ada sedikit infection di paru2 dan ujian darah juga menunjukkan sedikit infection dalam darah. Hmm doc kata nasib baik bawak2 awal2 ni sebab kalo dah merebak lagi susah nak rawat. Aku senyum je la lagi.. Malas nak cite pasal doc kat KK tu.

ubat2 yang dibekalkan oleh hospital

So berbekalkan ubat yang diberi, doc suruh monitor keadaan baby di rumah dan datang semula selepas 3 hari untuk pastikan ubat berkesan melawan kuman. Harap2nya baby Ihsan cepat sembuh ye sayang... Hmm baru bulan Febuary dah nak habis dah cuti tahunan ibu ni sayang... Huhuhu.. demi anak2, apa saja sanggup ibu korbankan...

masih suka senyum walaupun demam

dah tido dah sayang ibu lepas makan ubat




P/S : Semoga cepat sembuh dan sihat ceria sayangku ^__^


Thank you for reading this entry...

No comments:

Post a Comment