Saturday, March 16, 2013

Little Prince and his ballons

Azam Iskandar memang suka belon. Pantang nampak kat kedai mesti nak beli... Tak kira la kedai kek ke, kedai serbaneka ke, kedai runcit ke... asalkan belon... mesti nak beli... 


Baru2 ni sambil2 ibu kemas stor, dia pun sibuk la nak kemas. Tiba2 dia terjumpa stok belon (punyela banyak) and start suruh ibu tiup... Fuh... lenguh jugak la pipi ibu ni tiup belon... Then this conversation happen...



Ibu : Dah la.. ibu dah sakit mulut tiup belon banyak2...
Azam : Tiup banyak2 la ibu...
Ibu : Cukup la tu... dah banyak ni (dan more then 5 belon ibu tiup)
Azam : Yelah, biar Azam tiup pulak...

Lepas tu dia start tiup belon tu... Memang funny sebab tak kembang2 pun belon tu... Ibu terus ke bilik untuk start projek jahit langsir. Dari dalam bilik ibu dengar dia mengeluh2 sebab tak berjaya tiup belon tu.. Then tiba2 je senyap.. rupa2nya dia ada projek dia sendiri dengan belon2 tu...


...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...





Dan setelah berjaya meniup mengepam belon tu dengan pam basikal, dia tanya pulak pada ibu...

Azam : Ibu, hebat tak Azam?
Ibu : Alhamdulillah.. hebat dan pandai...



Menyerongen la dia senyum (thanks to Mr H for taking his picture while he is pumping the ballons).

P/S : Semoga daya kreativitinya semakin berkembang setiap hari ^__^



Thank you for reading this entry...

No comments:

Post a Comment