Tuesday, March 12, 2013

Now he recite Surah An-Nas & Al-Ikhlas

Alhamdulillah dah sebulan lebih little prince Azam Iskandar ke tadika Az-Zahra. Banyak perubahan yang dapat aku lihat. Makin banyak dia belajar dan semakin banyak juga la mulutnya bertanya. Dia sangat suka tadika barunya dan setiap hari aku akan bertanya apa yang dipelajari dan apa yang dilakukannya...

Teachernya bertanya pada aku,bagaimana Azam boleh menghafal dengan begitu cepat termasuk surah2, doa2 serta lagu kanak2... Jawapan aku adalah dengan ULANG... ULANG... dan ULANG...

Azam mula menghafal ABC, 1-20, Alif -Yaa sekitar umurnya 1 tahun 8 bulan. Yelah dulu aku menjaga dia sepenuh masa. So tiada aktiviti lain selain spend masa bersamanya dan mengajarnya setiap hari. Juga bantuan DVD2 pembelajaran sangat2 membantu contohnya DVD Sesame Street (Elmo's World). DVD ni boleh dibeli dengan harga RM19.90 di Speedy. Tapi masa aku beli tu ada promosi iaitu Buy 1 Free 1. So memang banyak la yang aku n Mr H borong...

Ni antara CD2 yang aku belikan untuk Azam sejak dia kecil... (gambar dr mr google je sebab sedikit malas nak tangkap gambar sebab semua DVD tu dah bubuh dalam box dvd)







Otak kanak2 ni ibarat sponge (mcm spongebob tu la kan). Senang absorb apa je yang kita ajar. Asalkan perkara tu diulang2 sebanyak mungkin dan galakkan dia sendiri pula menyebutnya dan betulkan jika dia salah. Menegur juga perlu dengan cara tegas tetapi lembut. Juga pelbagaikan aktiviti mengenal huruf seperti buat permainan dan main bersama2 dengan dia untuk menggalakkan dia enjoy dengan aktiviti yang kita lakukan bersama.


Berbalik pada main post entry kali ini.. Alhamdulillah selepas menghafal surah Al-Fatihah, kini dia dah mula menghafal surah An-Nass dan juga surah Al-Ikhlas. Namun sebutannya masih perlu diperbaiki lagi..

video

video


video


Semoga anak ibu terus belajar dan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat...

P/S : Didikan anak2 bermula dari rumah dan ibu bapa adalah guru pertama mereka... ^__^!!! So be carefull dengan apa yang kita lakukan dan apa yang kita perkatakan kerana mereka adalah golongan yang fast learner...


Thank you for reading this entry...

2 comments:

  1. Alhamdullillah...
    teruskan usaha mendidik
    dunia skrg makin mencabar
    bertuah kita dilahirkan as a muslim
    kita ada pelbagai 'senjata'
    moga anak2 soleh/solehah ini beri banyak manfaat pada kita di 'alam' sana..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Alahmdulillah aja... sama2 la kita didik anak2 kita sepertimana ibu bapa kita mendidik kita kan...

    ReplyDelete