Monday, May 6, 2013

Jom Masak : Butter Chicken


Wah... semangat pulak nak masak kan. Takde la semangat sangat pun. Nak cari resepi yang cepat mudah dan sedap... Hmmm boring je dengan resepi biasakan so nak try buat butter chicken la pulak. Memang senang...



Google la a few resepi... kebanyakan sama je.. cuma boleh la ubah ikut suka hati korang kan. Aku try resepi ni yang simple tapi mmg UMMPHH!!! 

Inilah rupanya butter chicken yang dah siap aku masak tadi...




Bahan2 nya:


Ayam (aku guna bahagian peha)

Garam

Serbuk Kunyit



Butter (1/3 dr butter yang petak tu)
Bawang besar 1 biji

Bawang putih 5 ulas
Cili padi (utk bagi rasa pedas sedikit)

Daun kari - 2 tangkai

Sedikit serbuk lada hitam

Susu cair (aku guna santan cair sebab takde susu cair)

Susu pekat 2 sudu

Cara-caranya :

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, lepas tu goreng macam biasa

2. Then cairkan butter dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi dan juga daun kari hingga naik bau.
3. Then tuangkan susu cair (santan cair) kacau hingga sebati.

4. Masukkan susu pekat dan serbuk lada hitam.

5. Masukkan sedikit garam untuk pelengkap rasa.

6. Gaulkan sekali dengan ayam yang dah digoreng tadi.
7. Hidangkan dan MAKAN ~~~

Simple kan... 

P/S : Disebabkan masalah teknikal, tak dapat la aku upload gambar step by step cara nak buat butter chicken yang aku masak ^__^!!! 

Thank you for reading this entry...

No comments:

Post a Comment