Friday, October 25, 2013

Didik Anak Part I



Sejak ibu terpaksa mengambil cuti sebab menjaga baby Ihsan yang terkena c/pox terimbas kembali saat2 ibu menjaga Azam full time selama hampir 2 tahun. Masa tu Azam memerlukan pemerhatian rapi dari ibu dan ibu ambil keputusan berhenti kerja agar ibu boleh memantau sendiri keadaan Azam. Dan kin i alhamdulillah he is a smart, brave and a very good boy...

Ramai yang kata Azam is a fast learner. Memang ibu tak nafikan. Teacher di tadikanya juga kata dia memang cepat ingat dan bnyk yang dia telah tahu sebelum masuk tadika lagi. Ibu memang mula ajar Azam di rumah. Setiap hari menyanyi, membaca, bermain dan bergolek bersama. Skrg adik juga perlu diterapkan dengan early learning education supaya boleh catch-up dengan abangnya... So few tips yang aku rasa sangat berguna yang telah aku praktikkan sendiri dan mungkin juga anda...

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika kita mahu bayi kita menjadi pintar, kita perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi itu mencapai sepenuhnya potensi dirinya. 













1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.













2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.




3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.



P/S : Jom sama2 melatih our little precious dari awal lagi ^__^

Thank you for reading this entry...



No comments:

Post a Comment