Tuesday, October 22, 2013

DIY : Jahit Langsir (Night Curtain)

Ha kembali setelah sekian lama menyepi dari dunia DIY. Sebenarnya dah lama dah buat projek ni tapi tak berkesempatan nak blogging pasal ni. Maklum la baby prince Ihsan Rizqy terkena c/pox sekali dgn demam campak... (ha jgn terkejut... kena dua2 sekali serentak). Tapi alhamdulillah keadaan baby prince Ihsan Rizqy beransur baik. Ni ibu kena ambil cuti panjang lagi 2minggu since dah bergilir2 dengan ayahnya ambil cuti sejak dari 2 minggu lepas. Doc keluarkan memo masih tak boleh hantar ke nursery. Untuk elakkan baby prince Ihsan Rizqy di jangkiti kuman lain dan untuk elakkan budak2 lain terkena jangkitan pulakkan...


Kembali pada tajuk post hari ni. Just nak share tutorial jahit langsir yang sangat2 senang. As nama blog ni kan lensa photo so pastinya dengan gambar... don't worry... 



Sebelum ni SiaJNaD (Success is a Journey, Not a Destinantion) ada tunjukkan simple tutorial jahit Day Curtain kan... so yang ni untuk night curtain. Apa bezanya dua jenis langsir ni? Hmm... night curtain adalah penggunaan kain yang lebih tebal agar pada waktu malam org luar tak nampak la kita di dalam rumah. Dan day curtain pulak untuk menghadkan pencahayaan di waktu siang. Kurang panas dan tidak terlalu terang di sinari cahaya matahari. Especially kalo rumah yang mmg menghadap matahari naik atau terbenam kan...





As usuall... apa yang di perlukan adalah:


1-mesin jahit (kalo yg besor lagi best sebab kain utk night curtain agak tebal)
2-meja jahitan yang luas (aku guna meja makan je)
3-gunting
4-jarum peniti (banyak sangat)
5-benang
6-pita untuk hook (budget la bape lebar kain-aku beli satu gulung masa sale dkt Jakel)
7-kain (jgn lupa pulak)


So pertama sekali ukur la tingkap atau sliding door tu. Nak lagi senang guna je ukuran langsir lama. Untuk langsir sliding door ni aku pendekkan sikit sbb langsir aku yang lama agak labuh. Tak tergantung gitu... Kalo tergantung tu.. just nice kita kata...


Bila dah siap gunting mulakan terus proses melipat bahagian hujung dan jahit. Untuk bidang kain langsir selalunya tak perlu nak hantar jahit tepi pun. Lipat dan jahit saja hujungnya dan juga bahagian tepi kain.



Jangan lupa lipatan pada bahagian bawah langsir biar tebal sedikit agar langsir lebih berat dan cantik bila digantung nanti. Lepas tu pasangkan pita hook pada sebelah atas langsir. Lipatkan dulu sedikit bahagian kain atas dan lekatkan pita hook dengan jarum peniti dulu Lebihkan dalam 1cm di bahagian atas kain tu ye. Ini penting untuk pastikan pita hook dan kain tadi tidak senget dan memudahkan kerja menjahit.



Dah siap? Gantung la... Apa lagi???




Memang rasa happy sangat2 sebab dah ada 2 langsir... Yelah kalo dulu lepas basuh terus gantung balik yang sama... 


So selamat mencuba...

P/S : Jangan takut2 nak mencuba ye ^__^

P/S : Aku pilih kain yang tebal (sulam dengan benang hitam) untuk elakkan cahaya totally masuk. Tapi tak berapa nak ingat dah apa nama jenis kain ni... boleh didapati di Jakel.

Thank you for reading this entry...

3 comments:

  1. wahh cantiknyaa imma...pandainyaaaaaa..teruja sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks aja... masa2 lapang je buat menjahit ni... Aja pun boleh...

      Delete
  2. singgah sini nak tengok pasal jahit curtain...

    semoga boleh la kami nak DIY sendiri

    ReplyDelete