Thursday, October 24, 2013

Hasrat DECO

Kebelakangan ni terasa semula semangat nak deco dan renovasi rumah. Tapi renovasi tu agak "besar" budget dan banyak perancangannya. So apa kata cari2 idea utk deko2 dulu. A few things yang bermain di pikiran kala ini adalah untuk:


1-Luaskan dapur, master bedroom dan bilik anak2.
2-Pasang awning klasik idaman hati.
3-pasang tiles utk garage depan.
4-Pasang plaster siling utk ruang tamu dan master bedroom.

5-Pasang custom wardrobe untuk bilik tetamu dan bilik anak2.
6-Pasang divider antara ruang makan dan ruang tamu.
7-Pasang laminate floor for the whole house.
8-Pasang kabinet TV untuk ruang tamu.

So berbalik pada topik sebenar pasal DECO rumah. Tak kisah rumah kecik ke rumah besar yang pentingnya nak sangat rasa selesa dan comfy bila kita balik untuk berehat setelah seharian penat bekerja. Tapi since ada anak kecik, hajat selalu dibantutkan sebab nakkan ruang yang lapang untuk mereka bermain. Semua perabot ibu, ibu rapatkan ke dinding. Yelah kalo dah basikal, motor n kereta mainan semua pun dipandu dalam rumah, rasanya tak sesuai ibu letakkan kerusi meja di tengah2 rumah.

Ibu google2 juga cari inspirasi nak dekorasi rumah. Banyak la yang inspire sangat2. Rasa2 kalo ada masa dan budget yang cukup mesti dah terus jalan dan projek deko2 ni... Hehehe.. Jom tgk sama2. Mana tahu boleh jadi inspirasi anda jugak.


selesa je kan bilik tido cam ni

ruang tamu yang simple n elegan

bilik permainan anak2

nak sangat buat corner bench tu... 

tips dekorasi yang menarik

susun atur gambar di tangga


Menarikkan? Hmm insyaAllah akan ibu cuba realisasikan satu persatu... Kalo ada suggestion dari kawan2 pun menarik juga tenatng dekorasi rumah...

P/S : Selamat Mencuba ^__^

Thank you for reading this entry

2 comments:

  1. yeah!!
    hari2 kita pun berangan
    kita lagi la masuk rumah yg dibeli rumah 2nd hand
    lagi berangan nak ubah itu ubah ini
    cuma ongkosnya je belum berubah ke arah yg mebukit bukau
    so berangan je boleh buat masa ni
    heheh

    good luck imma

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks aja...
      takpe rumah 2nd pun asalkan kita boleh jadikannya selesa...
      kan rumahku syurgaku...
      sama2 la kita realisasikan impian kita...

      Delete